Skip to content

‘SARJAN SYUKUR’ BUKA PELUANG SYAFIQ KYLE TEMBUSI PERSADA GLOBAL

‘SARJAN SYUKUR’ BUKA PELUANG SYAFIQ KYLE TEMBUSI PERSADA GLOBAL

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Syafiq Kyle menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.

Mungkin ini yang dikatakan rezeki perkahwinan, apabila aktor berusia 31 tahun itu ditawarkan berlakon dalam sebuah siri antarabangsa kala sedang sibuk mempersiapkan diri untuk bergelar suami. Melalui satu perkongsian bersama media baru-baru ini, Syafiq Kyle memaklumkan dia kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran bersama sebuah syarikat produksi dari United Kingdom.

Drama bersiri yang judulnya masih dirahsiakan itu akan memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Ia diadaptasi daripada sebuah novel mengenai seorang inspektor yang datang menjalankan siasatan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

syafiq kyle

“Saya bakal terlibat dalam satu siri yang akan disiarkan di United Kingdom. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dan barisan pelakon utama semuanya dari London. Jadi watak-watak utama ini datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah. Saya akan menggalas watak Sarjan Syukur, bagaimanapun buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.”

Aktor One Cent Thief ini berkata, dia merupakan antara artis yang berjaya dalam uji bakat yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi pelakon Malaysia yang akan turut terlibat menjayakan siri tersebut. Kelainan dalam lakonannya kali ini adalah dia perlu melontarkan dialog dalam bahasa Inggeris. “Saya perlu belajar bahasa Inggeris untuk menjayakan siri ini. Saya suka perkara-perkara yang mencabar diri, sebab itu saya ambil peluang ini selain untuk mengetengahkan bakat.”

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jazmy juma glam lelaki

JAZMY JUMA DAN ANNA JOBLING BAWA WATAK UTAMA DALAM “YES! CAPTAIN ZUL AARYAN”

Bacaan Lanjut
ikmal amry glam lelaki

KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
malaikat malam syafiq kyle

SYAFIQ KYLE BAWA WATAK ‘MAT MOTOR’ DALAM MALAIKAT MALAM

Bacaan Lanjut

6 FILEM LOKAL YANG WAJIB TONTON TAHUN INI

Bacaan Lanjut
shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut