Skip to content

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Kongsikan artikel ini
1 of 4

COACH CUKUP MENGAGUMI STAIL DAN KEPERIBADIAN LIL NAS X. MAKA ITU, COACH MENJEMPUT PENYANYI TERSEBUT UNTUK HADIRKAN KOLEKSI YANG DIPILIH SUSUN LIL NAS X SENDIRI. MENGUNGKAP GAYA KLASIK AMERICANA DENGAN SENTUHAN MODEN SERTA PENUH KARAKTER.

COACH telah hadirkan koleksi musim luruh sejuk 2023 karya Stuart Vevers, yang menyambung idea dan wawasannya mengenai warisan Amerika Coach-dari perspektif budaya belia. 

Dalam pada itu, Lil Nas X menjadi undangan COACH untuk menghasilkan koleksi kapsul khas. Lil Nas X selaku inspirasi utama, menciptakan deretan busana penuh pernyataan yang direka untuk dikenakan pada pelbagai acara dan banyak melibatkan unsur gaya yang bold-diciptakan sendiri eksklusif untuk Coach dan para peminat gaya Lil Nas X yang makin meluas. 

Membina naratif berunsurkan musim luruh, selain sebagai platform untuk menyerlahkan keperibadian, koleksi tersebut turut memperkenalkan kombinasi aksesori kulit yang fun dan mengambil rujukan dari ‘underground parties’. Serta rekaan baharu yang direka semula atau bahan yang direka semula. 

Setiap rekaan yang terkandung menampilkan ciri-ciri gaya klasik Amerika seperti jaket kulit biker dan jaket shearling dipadankan dengan kemeja T, baju panas dan beg yang diwujudkan bersama detail bergrafik dan warna elektrik yang membangkitkan budaya ‘rave’, dan cetakan harimau bintang dari arkib Bonnie Cashin yang didefinisikan semula untuk gaya masa kini. 

Untuk menonjolkan dan menguatkan lagi nada koleksi ini, Coach banyak merujuk gaya individu dan palet warna kesukaan Lil Nas X sebagai teras gaya. Vevers juga bekerjasama dengan Lil Nas X untuk memilih dan mereka khas item kesukaannya, termasuklah kot shearling dalam nuansa warna pop, grafik yang diilhamkan oleh barangan jualan di konsert dan jaket varsity yang penuh dengan sulaman. Kebanyakkan koleksi kali ini, mengadaptasi gaya Lil Nas X, selain dapat menyuguhkan idea dan kreativiti COACH dengan cara yang tersendiri. 

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut