KOLABORASI CASETIFY DAN MARVEL UNTUK KOLEKSI AKSESORI GAJET SPIDER-MAN
Kerjasama francais adiwira ikonik, Marvel dan CASETiFY dalam menampilkan seleksi aksesori gajet dan telefon pintar eksklusif inspirasi Spider-Man dan Venom.
Lihat! Spider-Man datang lagi! Jenama aksesori gajet dan telefon pintar global, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertamanya bersama Marvel yang mengangkat adiwira kegemaran ramai, Spider-Man. Ia turut menampilkan symbiote kegemaran peminat, Venom pada rangkaian aksesori terbaharu.
Sepanjang 11 tahun, CASETiFY menginovasi dan mengikut trend semasa bagi mencipta aksesori-aksesori gajet yang memberi perlindungan terbaik tanpa mengenepikan tarikan rekaan. Telefon pintar telah menjadi alat komunikasi peribadi utama di abad ke-21 ini, melayakkan ia menerima penjagaan serta penampilan bersifat individualistik!
Legasi Spider-Man sebagai ikon budaya pop masih utuh selama lebih enam dekad, dan kini para peminat dapat menghiasi selongsong (casing) telefon pintar mereka dengan rekaan inspirasi adiwira tersebut. Ia boleh didapati pada selongsong signatur CASETiFY; Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce – untuk pengguna iPhone, Samsung dan Google Pixel. Rekaan daripada koleksi ini menggalakkan peminat mengeluarkan sisi dalaman adiwira masing-masing menerusi selongsong Spider-Man Mask dan Spider-Man Suit.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CASETIFY LANCAR KOLABORASI BERSAMA JENAMA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA, PESTLE & MORTAR CLOTHING
Buat julung kali, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertama bersama jenama fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing untuk menampilkan koleksi aksesori teknologi terkini.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.
TOP 10 FILEM TERBAIK SEPANJANG 2023
Apakah filem blockbuster kegemaran anda tahun ini? GLAM Lelaki menyenaraikan 10 filem terbaik 2023 yang berjaya menarik perhatian penonton sepanjang tahun ini.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG NICK FURY, WATAK IKONIK MARVEL LAKONAN SAMUEL L. JACKSON
Watak ikonik Marvel Cinematic Universe, Nick Fury kini boleh disaksikan melalui siri “Secret Invasion” yang sedang ditayangkan secara eksklusif melalui Disney+ Hotstar.
5 RANCANGAN MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2023
Raikan kedatangan Ramadan 2023 bersama laman penstriman Disney+ Hotstar dengan barisan rancangan yang bakal menyentuh jiwa bulan ini.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.