“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” – JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI
Tahun 2023 menyaksikan ramai penyanyi dari Indonesia datang menjayakan konsert di Malaysia termasuk Cakra Khan dan Rossa. Judika juga tidak terkecuali.
Penyanyi itu bakal menghiburkan peminat menerusi konsert Rockmantic Night Judika And The Gang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 Oktober 2023. Dia bakal mempersembahkan lebih 15 buah lagu pada malam konsert berdurasi dua jam itu. Lebih menarik, persembahannya diiringi orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Konsert ini dibawakan khas oleh jenama kosmetik, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Pengurusan Dua Anak Deo (DAD). Pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang itu berkata dia memutuskan untuk mengadakan konsert di Malaysia disebabkan permintaan tinggi. “Saya memilih untuk mengadakan konsert di Malaysia kerana ramai peminat bertanya di media sosial sama ada saya akan datang lagi untuk menceriakan mereka semua.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PERKARA TENTANG INFLUENCER DARI JAKARTA, INDONESIA, GABRIEL PRINCE
Salah seorang figura yang semakin mencuri perhatian ialah Gabriel Prince, influencer dan bintang media sosial dari Jakarta, Indonesia. Kenali 6 perkara tentang Gabriel Prince.
5 LAGU ERA BAHARU AFGAN YANG ‘BEST’ DIDENGAR
Sejak kemunculannya lebih sedekad lalu, nama Afgan terus relevan, malah semakin matang dari segi muzik dan gaya persembahan. Dengarkan 5 lagu dari era baharu Afgan yang sedap didengar.
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Dengan suara serak dan lunak, Judika telah mencuri hati jutaan pendengar di seluruh Nusantara dan juga di peringkat antarabangsa.
SITI NURHALIZA & JUDIKA BERSATU DI PENTAS THE JOURNEY OF SOUND
Disember ini peminat muzik tempatan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik, salah satunya The Journey Of Sound yang menggabungkan dua bintang Nusantara tersohor.
CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI
Penyanyi bersuara emas, Cakra Khan mengotakan janji untuk kembali ke Kuala Lumpur dan menghiburkan peminatnya di sini.
VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT
Penyanyi terkenal dari Indonesia itu memperoleh empat 'yes' daripada barisan juri menerusi lagu legenda No Woman, No Cry.











