Skip to content

GOOD VIBES FESTIVAL 2023 DIBATALKAN SELEPAS INSIDEN KONTROVERSI YANG MELIBATKAN KUMPULAN ‘THE 1975’

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan penganjur Good Vibes Festival 2023 untuk membatalkan baki dua hari yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Good Vibes Festival 2023 yang berbaki dua hari lagi telah dibatalkan. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan penganjur Good Vibes Festival 2023 untuk membatalkan serta merta baki dua hari yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan esok di Sepang International Circuit.

Penganjur, Future Sound Asia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan baki festival ini melalui Instagram rasmi mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Good Vibes Festival (@goodvibesfest)

Kontroversi Kumpulan The 1975 di Good Vibes Festival 2023

Pembatalan itu dilakukan selepas insiden kontroversi yang berlaku pada hari pertama festival. Kumpulan asal UK, The 1975 telah melakukan penghinaan kepada kerajaan serta undang-undang negara ketika membuat persembahan. Penyanyi utama, Matty Healy turut melakukan aksi kurang sopan dengan kelihatan mencium salah seorang ahli kumpulannya. Ia sebagai tanda protes kepada undang-undang negara yang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Selain meludah di atas pentas, vokalis The 1975, Matty Healy telah merosakkan sebuah kamera drone yang yang digunakan untuk merakam persembahan. Dia turut kelihatan mabuk dengan memegang botol minuman keras dan merokok ketika membuat persembahan sebelum dihentikan oleh pihak penganjur.

the 1975

Kumpulan 1975

Fahmi Fadzil telah berjumpa dengan pihak penganjur dan mengarahkan festival ini dibatalkan serta merta.

“Saya telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK “The 1975” di Sepang malam tadi.,” menurut Twitter Menteri Komunikasi dan Digital.

“Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. Justeru, saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.”

Antara artis antarabangsa yang sepatutnya membuat persembahan pada hari kedua dan ketiga festival tahunan ini, termasuklah The Strokes, The Kid Laroi, Leehi, DPR Live + DPR Ian, Gryffin dan Ty Dolla Sign. Kumpulan tempatan, Hujan dan Alyph juga dijadualkan untuk membuat persembahan kali ini.

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024 SEMPENA MERDEKA

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut
GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut
PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL FAILKAN SAMAN RM11 JUTA TERHADAP THE 1975

KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC

Bacaan Lanjut
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI

Bacaan Lanjut