‘JARVIS’ versi Mark Zuckerberg
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya memiliki pembantu peribadi maya yang dinamakan Jarvis, sama dengan nama pembantu virtual yang dicipta oleh Tony Stark, dalam filem Iron Man. Boleh anda bayangkan?
Zuckerberg berkata, sepanjang 2016, di samping mengusahakan Facebook, beliau menghabiskan 100 jam waktu lapang beliau untuk merancang dan menyediakan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) ini. Kecerdasan Buatan, atau lebih dikenali sebagai AI, merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Mark pernah mendedahkan cita-citanya untuk mempunyai pembantu virtual peribadi berasaskan AI pada awal 2016.

Tugas utama Jarvis versi Zuckerberg adalah untuk mengendalikan hal-hal yang berlaku di dalam rumahnya di Palo Alto, Amerika Syarikat. Antara yang sudah berjaya Jarvis lakukan adalah menyala dan memadamkan lampu, menetapkan tahap pencahayaan lampu, menghidupkan peranti elektronik (TV, penyaman udara, dan sebagainya), memilih dan memainkan muzik, hingga mengenali tetamu yang hadir dan membukakan pintu untuk mereka menggunakan voice recognition, pengenalan wajah dan messenger.

Mark memberikan ‘arahan’ kepada Jarvis melalui Messenger.
Meminjamkan suara pelakon Hollywood terkenal, Morgan Freeman, Mark berharap dapat membina aplikasi Android untuk Jarvis yang boleh disambung dengan semua peralatan dan bilik yang ada di dalam rumahnya. Namun, beliau menekankan AI ciptaannya ini tidak akan dipasarkan kepada awam, tapi boleh menjadi landasan terbaik untuk mencipta sebuah produk baru.
Saksikan kehebatan Jarvis versi Mark Zuckerberg di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=EmxoGmQAajc
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.











