Skip to content

ROLLING BARRIER. SUDAHKAH MALAYSIA BERSEDIA?

Kongsikan artikel ini

Negara kebelakangan ini sentiasa digemparkan dengan kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan berlaku setiap hari. Nyawa terkorban begitu saja sama ada atas kesilapan sendiri, mahupun kecuaian pemandu lain. Terbaru, kes kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres yang terjunam masuk ke gaung yang mengorbankan 14 nyawa ternyata membuka mata banyak pihak yang tampil dengan pelbagai solusi bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan jiwa.

INOVASI DARI KOREA SELATAN

Mujurlah, sebuah inovasi baru penghadang jalan atau lebih dikenali sebagai Rolling Barrier telahpun diperkenalkan dan digunakan di Korea Selatan oleh sebuah syarikat ETI. Penghadang jalan ini mampu mengurangkan kesan hentakan daripada kemalangan kerana ia diperbuat daripada tiub keluli dan silinder plastik yang mudah lentur dan menyerap impak dan hentakan. Malah, kesan pantulan cahaya tiub yang lebih terang dapat dilihat jelas oleh pemandu.

neozone

Photo credit: neozone.com

Jika di Malaysia semua pembahagi jalan dibuat menggunakan besi, jadi bayangkan jika berlaku kemalangan yang melibatkan rempuhan, kesannya pasti akan lebih teruk.

SUDAH DIAPLIKASIKAN DI MALAYSIA

Menariknya, pembahagi jalan beroda unik ini kini sudah dipasang dan diaplikasikan di pusingan U FT 15, Subang Jaya bermula 9 Disember lalu dan dijangka keberkesanannya dalam menghalang kemalangan maut dapat dirumuskan dalam tempoh tiga bulan ini.

cuba-jpg_1483464077

Rolling Barrier yang sudah dipasang di U FT15, Subang Jaya. (Photo credit: Ihsan JKR)

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Seri Dr Roslan Md Taha dalam temu bual bersama media tempatan baru-baru ini berkata, penghadang jalan beroda adalah penghadang jalan alternatif yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang kemalangan maut. Menurutnya lagi, sekiranya berkesan dan terbukti mengurangkan kemalangan, ia akan dipasang di lebih banyak lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan termasuk di selekoh tajam dan sepanjang tebing cerun.
Saksikan keberkesanan Rolling Barrier ini melalui video di bawah dan anda fikirkan sendiri sama ada inovasi ini perlu diaplikasikan atau tidak. Namun, apa guna jika kita masih lagi memandu dalam keadaan tidak fokus dan merbahayakan, benar?
 Oleh Wan Mohd Firdaus

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI

Bacaan Lanjut
influencer malaysia

6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut
mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut

KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN

Bacaan Lanjut