Skip to content

5 FILEM TERBAIK GLEN POWELL MENURUT ROTTEN TOMATOES

5 FILEM TERBAIK GLEN POWELL MENURUT ROTTEN TOMATOES

Kongsikan artikel ini

Nama Glen Powell menjadi sebutan peminat seluruh dunia selepas membintangi Top Gun: Maverick pada 2022.

Bergelar pelakon seawal usia 15 tahun, dia menceburi industri hiburan menerusi watak sampingan dalam rancangan televisyen dan peranan kecil dalam filem seperti Spy Kids 3-D: Game Over (2003) serta Fast Food Nation (2006).

Hampir sedekad kemudian, Glen ditawarkan watak utama dalam siri komedi-seram Scream Queens (2015-2016), komedi remaja Everybody Wants Some!! (2016) serta drama biografi Hidden Figures (2016) dan (2022).

Selepas membintangi Top Gun: Maverick di samping Tom Cruise, dia terus menyerlah bakat menerusi Anyone But You (2023) dan naskah terbaru, Hit Man (2023).

Tonton lima filem terbaik Glen Powell menurut Tomatometer

5. EVERYBODY WANTS SOME!! (2016)

Skor: 87%

Turut dibintangi oleh: Blake Jenner, Juston Street, Ryan Guzman, Tyler Hoechlin, Wyatt Russell 

Sinopsis: Berlatarkan tahun 80-an di Texas, seorang pelajar kolej baru bernama Jake Bradford menyertai pasukan besbol dan berpindah ke rumah komunal bersama rakan pasukannya. Di sini bermulanya kedewasaan Jake yang bebas daripada sebarang tanggungjawab dan pengawasan.

 

4. SET IT UP (2018)

filem terbaik glen powell

Skor: 92%

Turut dibintangi oleh: Zoey Deutch, Lucy Liu, Taye Diggs

Sinopsis: Harper Moore dan Charlie Young merupakan dua pembantu peribadi yang bekerja di bangunan sama. Untuk menghilangkan tekanan dek bebanan kerja melampau, kedua-duanya memutuskan untuk membuatkan majikan mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain.

 

3. HIDDEN FIGURES (2016)

filem terbaik glen powell

Skor: 93%

Turut dibintangi oleh: Taraji P. Henson, Octavia Spencer, Janelle Monae, Kevin Costner, Kirsten Dunst, Jim Parsons, Mahershala Ali, Aldis Hodge 

Sinopsis: Tiga pakar matematik wanita Afrika-Amerika memainkan peranan penting dalam pelancaran angkasawan John Glenn ke orbit. Pada masa sama, mereka perlu berhadapan dengan diskriminasi kaum dan jantina di tempat kerja.

 

2. TOP GUN: MAVERICK (2022)

Skor: 96%

Turut dibintangi oleh: Jennifer Connelly, Tom Cruise, Monica Barbaro, Jon Hamm, Ed Harris, Val Kilmer

Sinopsis: Dengan pengalaman tiga dekad, Maverick ditugaskan untuk melatih sekumpulan graduan Topgun elit sekali gus perlu berhadapan dengan kisah silamnya yang perit.

 

1. HIT MAN (2023)

Skor: 96%

Turut dibintangi oleh: Adria Arjona, Austin Amelio, Retta

Sinopsis: ‘Pembunuh profesional’ Gary Johnson melanggar protokol demi membantu seorang wanita terdesak yang cuba melarikan diri daripada suaminya yang kejam. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta berputik antara mereka.

 

Foto: Collider

Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON