Skip to content

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Kongsikan artikel ini

Berlangsung setiap empat tahun, Olimpik Paris 2024 merupakan acara berprestij yang telah lama dinantikan peminat sukan.

Temasya yang bermula pada 27 Julai lalu itu turut menyaksikan beberapa selebriti Hollywood hadir memberi sokongan buat negara dan pasukan kegemaran mereka. Selain selebriti, ahli politik, bekas atlet dan kerabat Diraja juga hadir memeriahkan suasana.

Persalinan patriotik menjadi trend utama di kalangan bintang Hollywood. Tetamu lain pula memilih untuk menampilkan stail peribadi yang ideal untuk musim panas.

Lihat persalinan yang digayakan selebriti kelas-A pada temasya Olimpik Paris 2024

 

1. Tom Cruise

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Aktor ini menyarung baju polo kolar V rona putih daripada Orlebar Brown yang dipadankan dengan celana berwarna gelap.

 

2. John Legend & Chrissy Teigen

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Penyanyi ini menggayakan kemeja gabungan rona hitam putih bersama celana dan kasut sedondon. Isterinya pula menampilkan gaya unik di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mengenakan kamisol, jaket dan skirt mini sedondon daripada Alexander Wang.

 

3. Jessica Chastain

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Pemenang Oscar ini menyaksikan pertandingan kelayakan gimnastik wanita sambil menyarung baju sejuk daripada Polo Ralph Lauren. Jenama itu bertanggungjawab menyediakan pakaian seragam buat pasukan atlet Amerika Syarikat.

 

4. Snoop Dogg

LIHAT GAYA TOM CRUISE DAN 12 SELEBRITI DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Penyanyi yang terlibat dalam acara larian obor dan bergelar wartawan liputan BBC untuk Olimpik Paris 2024 ini mengenakan pakaian rasminya kala menonton kelayakan gimnastik wanita. Persalinan itu menampilkan logo BBC dan lambang ikonik Olimpik.

 

5. Ariana Grande & Cynthia Erivo

Ariana Grande and Cynthia Eriv

Bintang kecil molek ini tampil dengan gaya retro dengan menyarung gaun boatneck bersama cermin mata berinspirasikan vintaj dan beg raga. Cynthia pula menampilkan kelainan dengan memakai kemeja berjalur yang dipadankan bersama tali leher sedondon.

 

6. Nicole Kidman & Keith Urban

Nicole Kidman and Keith Urban

Aktres asal Australia ini memilih tema smart casual dengan memadankan kemeja dan blazer berjalur bersama celana denim. Topi dan cermin mata hitam melengkapkan gaya (dan menyembunyikan identitinya!). Suaminya yang juga penyanyi tampil bersahaja dalam kemeja-T bermotif rona hitam.

 

7. Nick Jonas

Pelantun This Is Heaven ini menggayakan kemeja denim dengan logo Olimpik bersama celana pendek.

 

8. Lady Gaga

Penyanyi yang membuat persembahan di acara pembukaan Olimpik Paris 2024 ini menyarung baju sejuk rona biru kelasi. Gaga ditemani tunangnya Michael Polansky.

 

9. Nina Dobrev

Sama seperti Jessica Chastain, aktres ini turut mengenakan baju sejuk dengan logo Olimpik dan bendera Amerika Syarikat. Nina hadir bersama teman lelakinya yang juga bekas atlet, Shaun White.

 

10. Queen Latifah

Pelakon ini menyaksikan perlawanan bola keranjang lelaki USA menentang Serbia dalam persalinan denim. Topi Team USA melengkapkan penampilannya.

 

Foto: Getty Images/Backgrid

Pautan berkaitan: 5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS