Skip to content

TIADA LAGI YAHOO! SELEPAS INI

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak pernah mengunakan enjin carian Yahoo! bukan? Ternyata enjin carian ini merupakan kedua popular dan paling banyak pengikut selepas Google. Namun, berikutan situasi godaman yang berlaku, Yahoo akan dinamakan Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Marissa Mayer bakal meletak jawatan daripada lembaga pengarah selepas perjanjian jualan kepada Verizon Communications Inc dilaksanakan.

Menurut Yahoo! lebih kurang 500 juta akaun pengguna terlibat, dan antara data yang dicuri adalah termasuk naam pengguna, emel, nombor telefon, tarikh lahir, dan beberapa soalan sekuriti yang disulitkan – termasuk kata laluan (yang dilindungi).

rehost%2f2016%2f9%2f13%2f83f8e592-9792-48df-ae49-f6758aeb21a5

Mayer berucap di Pameran Elektronik Penguna di Las Vegas. (Ihsan foto Reuters)

 

Dalam pernajnjian yang dimaterai, Yahoo akan menjual perniagaan Internet terasnya termasuk pengiklanan digital, e-mail dan aset media kepada Verizon dengan harga RM21.6 bilion (AS$4.83 bilion). Walaubagaimanapun, syarat perjanjian boleh dipinda atau transaksi mungkin dibatalkan selepas Yahoo mendedahkan dua godaman data berasingan yang melibatkan kira-kira 500 juta akaun pelanggan bagi kejadian pertama dan lebih daripada satu bilion akaun dalam kejadian kedua.

Khabarnya, lima ahli lembaga pengarah lain turut akan meletakkan jawatan, dimana ahli lembaga pengarah lain akan berkhidmat dengan Altaba, syarikat pemegangan dengan aset utama termasuk pegangan 15 peratus dalam syarikat e-dagang China, Alibaba Group Holding Ltd dan 35.5 peratus bagi Yahoo Jepun.
Yahoo! Sunnyvale headquarters. October 28, 2001 (Y! Photo / Brian McGuiness)

Bangunan Yahoo! di Sunnyvale.

GL beranggapan apa yang berlaku ke atas Yahoo ini sebagai iktibar bahawa syarikat yang besar juga mampu untuk tersungkur sekiranya gagal berevolusi mengikut peradaran masa. Lihat sahaja apa yang jadi pada Blackberry dan Nokia.
Ini dia 5 fakta mengenai Yahoo!

1. Di awal kemunculan Yahoo!  diberinama Jerry Yang and David Fillo World Wide Web namun digantikan kerana namanya yang terlalu panjang.

2. Singkatan dari Yahoo! adalah Yet Another Hierarchical Oficious Oracle.

3. Yahoo! Inc mula didirikan pada Januari 1994 dan dirasmikan pada tanggal 1 March 1994 oleh Jerry Yang dan David Fillo.

22yahoo_600

Jerry Yang dan David Fillo, dua pengasas Yahoo!

4. Pada 16 Julai 2012, Jerry Yang dan David Fillo melantik Marrisa Meyer sebagai CEO dan Presiden Yahoo!. Sewaktu itu, Marissa merupakan pegawai eksekutif untuk Google!. Marissa merupakan  lulusan Master of Science dari Stanford University.

5. Jerry Yang memegang 3,69% saham dan David Fillo memegang 6% saham di dalam Yahoo!.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Januari 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ronaldo Masih Berpeluang Untuk KembaliI Ke Real Madrid

Ronaldo Masih Berpeluang Untuk Kembali Ke Real Madrid

Bacaan Lanjut

NEVER OUT OF STYLE: 6 AKSESORI LELAKI YANG KEKAL DIMINATI

Bacaan Lanjut

RISIKO PEMAKAIAN KASUT TANPA STOKIN: WHEN & HOW

Bacaan Lanjut

5 JENIS BEG LELAKI WAJIB ADA

Bacaan Lanjut

KENALI SAM ASGHARI, SKANDAL KACAK & ‘BAKAL SUAMI’ BRITNEY SPEARS

Bacaan Lanjut

SALAHKAH LELAKI BERMEKAP, DAN KENAPA TIDAK?

Bacaan Lanjut