Skip to content

SHAH RUKH KHAN DIKURNIA PARDO ALLA CARRIERA DI FESTIVAL FILEM LOCARNO

SHAH RUKH KHAN DIKURNIA PARDO ALLA CARRIERA DI FESTIVAL FILEM LOCARNO

Kongsikan artikel ini

Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan meraih satu lagi pencapaian terbesar dalam kerjaya seninya yang cemerlang.

Pada Festival Filem Locarno baru-baru ini, aktor berusia 58 tahun itu diberikan anugerah Pardo Alla Carriera atau Career Leopard atas sumbangan seninya dalam industri perfileman.

Dengan kurniaan anugerah pencapaian sepanjang hayat ini, Shah Rukh Khan melakar sejarah sebagai rakyat India pertama memilikinya. Festival ke-77 itu berlangsung di Lake Maggiore, wilayah Ticino di selatan Switzerland yang majoriti penduduknya berbahasa Itali.

SHAH RUKH KHAN DIKURNIA PARDO ALLA CARRIERA DI FESTIVAL FILEM LOCARNO

Foto: Instagram

“Sumbangannya terhadap pawagam India sangat luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Khan adalah ‘raja’ yang tidak pernah putus hubungan dengan penonton yang memujainya. Artis bagak dan berani dan tidak pernah berhenti mencabar keupayaan dirinya,” kata Giona A. Nazzaro, pengarah seni festival.

Janji Datuk Shah Rukh Khan Untuk Terus Berkarya

Pada festival itu, Shah Rukh Khan meluahkan kegembiraan dengan sambutan yang diterimanya. Malah sempat memberi pujian tentang lokasi festival itu diadakan.

“Terima kasih semua kerana menyambut saya dengan tangan mendepa, malah lebih lebar daripada depa yang saya selalu lakukan dalam filem,” selorohnya, merujuk kepada pose tangannya yang terkenal.

“Locarno adalah bandar yang sangat cantik, sangat berbudaya, sangat artistik, dan sangat panas. Ramai orang berhimpit-himpit di dataran kecil dan amat panas. Sama seperti di negara saya, India,” tambahnya sambil tersenyum.

Shah Rukh Khan

Foto: Locarno Film Festival / Ti-Press

Mengimbas penglibatannya dalam industri hiburan, bapa kepada tiga cahaya mata itu menyentuh tentang pelbagai peranan yang dijayakannya selama 35 tahun.

“Saya pernah menjadi penjahat, saya pernah menjadi juara, saya pernah menjadi adi wira, saya pernah menjadi dungu, saya pernah menjadi peminat yang terkecewa, dan saya pernah menjadi seorang kekasih yang sangat tabah,” katanya.

Bintang Jawan itu mengakhiri ucapannya dengan berjanji yang dia akan sentiasa melangkaui sempadannya.

“Dengan janji, anugerah seperti ini mendorong saya untuk terus berusaha menjelmakan semua aspek kehidupan, untuk meluahkan semua emosi serta memberikan satu lagi peluang, satu lagi emosi, dan mudah-mudahan sedikit kasih sayang, supaya anda semua berasa lebih gembira,” katanya.

 

Foto: Linda Nylind for the Guardian

Pautan berkaitan: SELAIN PERFILEMAN, INI 7 LAGI SUMBER PENDAPATAN RAJA BOLLYWOOD, SHAH RUKH KHAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SHAH RUKH KHAN CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM SEKALI LAGI

SHAH RUKH KHAN CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM SEKALI LAGI

Bacaan Lanjut
SHAH RUKH KHAN DIKURNIA PARDO ALLA CARRIERA DI FESTIVAL FILEM LOCARNO

DEMI KEADILAN, SHAH RUKH KHAN BAKAL FAILKAN SAMAN TERHADAP BIRO KAWALAN NARKOTIK INDIA

Bacaan Lanjut
DISEBABKAN ARYAN KHAN, JENAMA TERKENAL BATAL KONTRAK BESAR BERSAMA SHAH RUKH KHAN

DISEBABKAN ARYAN KHAN, JENAMA TERKENAL BATAL KONTRAK BESAR BERSAMA SHAH RUKH KHAN

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PESTA DADAH & PENAHANAN ANAK LELAKI SHAH RUKH KHAN, ARYAN KHAN

DI SEBALIK PESTA DADAH & PENAHANAN ANAK LELAKI SHAH RUKH KHAN, ARYAN KHAN

Bacaan Lanjut
SELAIN PERFILEMAN, KETAHUI 7 LAGI SUMBER PENDAPATAN RAJA BOLLYWOOD, SHAH RUKH KHAN

SELAIN PERFILEMAN, INI 7 LAGI SUMBER PENDAPATAN RAJA BOLLYWOOD, SHAH RUKH KHAN

Bacaan Lanjut

RESPON JACKMAN JIKA SRK INGIN GALAS WATAK WOLVERINE

Bacaan Lanjut