INTRODUCING THE NEW FACE OF DIOR HOMME SPRING 2017
Pelakon yang semakin meningkat naik , Rami Malek dilantik sebagai wajah baru untuk kempen Dior Homme untuk spring 2017. Ternyata keunikkan wajah Rami menarik minat pihak Dior untuk menggunakan wajah ekslusifnya, tambahan pula kemenangan tahun lahu di Golden Globe sewaktu beliau naik ke pentas mengenakan tuksedo putih rekaan Dior mengukuhkan lagi jenama Dior antara jenama fesyen terkemuka dunia.
https://www.instagram.com/p/BPGBwTMAngk/?taken-by=dior
Asasnya, Rami yang popular dengan drama bersisi Mr Robot akan menerajui kempen Dior Homme untuk barisan pakaian lelaki Dior Homme mengukuhkan lagi namanya sebagai seorang model selain seorang pelakon. Malah Rami juga kelihatan sangat segak dan bersesuaian dengan jenama ini kerana sering kali menyarungkan suit atau tuksedo Dior sewaktu berlangsungnya anugerah-anugerah di Hollywood.
Turut bersama Malek dalam kempen ini ialah ikon pop Boy George, penyanyi rap A$AP Rocky dan model Rusia, Ernest Klimko. Netizen turut memuji kemunculan Rami kali ini yang kelihatan sangat menyerlah sebagai seorang model dan Dior percaya Rami mampu untuk membawa jenama ini pergi lebih jauh.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











