Skip to content

UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI

Kongsikan artikel ini

SEPTEMBER NANTI, UNIQLO BAKAL HADIRKAN KOLEKSI UNIQLO:C MUSIM LURUH 2024 DENGAN ISTIMEWANYA TERDAPAT BAJU-BAJU MENARIK UNTUK LELAKI. KEMBALI DENGAN KOLEKSI BERINOVASI DAN MENYEMATI SPIRIT KEMODENAN. 

UNIQLO: C

Memasuki bulan September, UNIQLO memperkenalkan koleksi UNIQLO:C, rangkaian eksklusif daripada pereka fesyen terkenal Britain, Clare Waight Keller, yang terkenal dengan rekaan koleksi yang sofistikated dan bersahaja. Untuk musim luruh 2024, koleksi ini menangkap gaya hidup kekotaan bersama rangkaian asas LifeWear yang dipertingkatkan. Garisan yang bersih dan butiran halus menyerlah dalam koleksi ini yang mengusung nafas kontemporari dan moden-menonjolkan suasana bandar pada waktu musim sejuk dengan keindahan dan keselesaan optimum. 

KOLEKSI LELAKI DITAWARKAN BUAT PERTAMA KALI

UNIQLO: C

Jika sebelum ini, UNIQLO: C hanya tertumpu wanita, namun istimewanya musim ini, terdapat koleksi lelaki. Yang menciptakan kesan mewah serta nyaman dalam tiap item-nya. 

Koleksi pakaian lelaki dikhususkan gaya harian. Kemeja lebar dalam ton lembut dipotong dengan siluet bersaiz besar kontra dengan kehangatan campuran bulu ‘lambswool’ berkolar V tinggi dan jaket yang dikait berkait. Ini digabungkan dengan seluar ‘parachute’ yang relaks, baju panas yang nyaman dan jaket parka utiliti untuk gaya kota yang santai, nyata relaks saat dikenakan. Semua rekaan yang terkandung, termasuklah koleksi wanita, disesuaikan dengan kehidupan sekarang. Mewujudkan pakaian moden yang memiliki erti, iaitu dengan meningkatkan kualiti hidup melalui ketelitian, akses dan kualiti tinggi. 

Ada aksesori lain seperti beg tote nilon dan sniker. Memberikan kilau lembut serta tampilan yang berkelas. 

Clare Waight Keller ada berkata, “Saya teruja untuk melancarkan pakaian lelaki bersama pakaian wanita untuk musim sejuk. Saya sentiasa menyukai interaksi antara kegunaan pakaian lelaki dengan unsur feminin pakaian wanita.”

UNIQLO: C musim luruh 2024 bakal berada di stor UNIQLO utama bermula 6 September. 

Artikel berkaitan: ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut