5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI
Jenama fesyen lokal kini mendapat pencapaian yang hebat dalam industri fesyen dari segi kolaborasi dan acara fesyen ternama di Malaysia.
Fesyen menjadi satu cara untuk meluahkan kesenian serta suara yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Terdapat banyak jenama-jenama fesyen pilihan lelaki dalam kalangan anak muda sekarang yang menjadi nama besar di dalam dan di luar Malaysia. Hari ini, GLAM Lelaki akan berkongsi 5 jenama fesyen lelaki lokal yang menjadi pilihan.
#1 SVG Worldwide
Dimiliki oleh pemilik muda, Ashraf Annuar, jenama SVG Worldwide telah menjadi salah satu jenama fesyen kegemaran jejaka muda zaman kini. Bermula menceburi dalam industri fesyen pada tahun 2022, SVG Worldwide pernah berkolaborasi dengan banyak jenama ternama di Malaysia. Antaranya ialah EK Malaysia, Neonate dan kelab bola sepak Selangor. Antara projek dan koleksi terbaru mereka ialah kolaborasi bersama jenama Yaya Zahir, Asly. Antara item kegemaran GLAM Lelaki dari koleksi ini ialah tas Cloudy Puff, baju tee Midsummer dan topi Ocean Wave Trucker yang datang dengan pelbagai jenis warna yang menarik dan funky.
#2 TUATU
Hasil dari perbincangan di antara adik-beradik dan keluarga, jenama TUATU tercetus oleh perkataan “Tulah tu” sebagai tanda setuju betapa susahnya untuk mencari nama jenama yang sesuai. Dimiliki oleh tiga beradik, Izani, Iyzie dan Izri Jamaludin, TUATU mula beroperasi pada 1 Januari 2017. Jenama ini mengambil inspirasi daripada jenama minimalist seperti Muji dan Uniqlo. Bermula dengan koleksi Baju Handsome pada tahun 2017, TUATU kini mempunyai barisan koleksi bergaya untuk lelaki. Koleksi terkini mereka merupakan SPENDA, dengan slogan “Lembut di telur, senang di hati.” dengan keutamaan untuk memberi keselesaan dalaman kepada lelaki. Koleksi ini di datangi dengan tiga rona seperti hitam, biru navy dan kelabu.
#3 Bangsa Ingkar
Berimpian untuk menentang penindasan terhadap rakyat secara majoriti, Bangsa Ingkar yang bermula sejak tahun 2020 ini dimiliki oleh pereka mereka sendiri, Ahmad Saiful dari Damansara Damai. Bangsa Ingkar membawa maksud untuk melawan dakwaan orang atasan yang menganggap rakyat biasa tidak tahu tentang perbuatan mereka. Misi mereka adalah untuk memberi kesedaran terhadap pengguna mereka bahawa apa yang digayakan itu bukan sekadar grafik semata-mata. Baru sahaja melancarkan koleksi sulung mereka, Phase 2 pada 10 Ogos 2024 yang lalu dengan siluet yang lain daripada rekaan sebelum ini. Didatangi dengan rona khaki dan hitam, koleksi ini merangkumi item seperti baju tee dan topi.
#4 ASAL Lelaki
Jenama bawah naungan Qalaqisya ini tidak pernah gagal dalam mengeluarkan koleksi-koleksi yang menarik mata penggemar fesyen lelaki di Malaysia. ASAL Lelaki baru sahaja membuat kemunculan sulung di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW) yang lalu. Motto mereka merupakan ‘Lelaki juga perlu senang dan selesa bergaya’. Koleksi terkini mereka merupakan koleksi KLFW 2024 dan merangkumi item fesyen seperti topi, baju panas, dan baju tee dalam warna yang neutral.
#5 TNTCO
Bermula sejak tahun 2013, TNTCO sudah berada dalam industri fesyen lelaki lebih dari 1 dekad. Jenama ini dimulakan oleh pemilik mereka, JR Lim untuk mengekspres kreaitivitinya menerusi rekaan yang fokus kepada kehidupan seharian dan masyarakat. TNTCO menyediakan pelbagai jenis pakaian bergaya dengan grafik dan aksesori moden. Dengan bereksperimen dalam teknik percetakan terbaru, fabrik yang berbeza, dan elemen lain, TNTCO Malaysia terus memimpin dalam industri dan mencipta pakaian yang trendy. Antara koleksi terkini mereka ialah kolaborasi antara TNTCO dan Marvel yakni Spiderman dan Deadpool and Wolverine. Koleksi ini datang dengan lebih dari 10 rekaan dengan grafik menarik yang mampu melengkapkan gaya jejaka penggemar fesyen.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
GL ‘5 UNDER 25’: ASHRAF ANUAR, PENGASAS SVG WORLDWIDE, VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN LOKAL MALAYSIA
GLAM Lelaki meletakkan Ashraf Anuar, pengasas SVG Worldwide ini antara lima individu cemerlang bawah usia 25 tahun.
10 FESYEN ITEM JENAMA TEMPATAN SEBAGAI HADIAH VALENTINE
Untuk Valentine tahun ini, GLAM Lelaki ingin mencadangkan barisan fesyen item dari jenama tempatan yang anda boleh jadikan hadiah.
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING
Quiet power di dalam penggayaan menjadi salah satu kuasa buat lelaki yang ingin tampil penuh bergaya dengan penampilan peribadi mereka.











