Skip to content

BERKONGSI FOTO KEHAMILAN, RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR?

BERKONGSI FOTO KEHAMILAN, RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR?

Kongsikan artikel ini

Enam tahun disatukan sebagai suami isteri, power couple Bollywood Ranveer Singh dan Deepika Padukone bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Khabar gembira itu diumumkan pada 29 Februari lalu menerusi satu perkongsian bersama di Instagram. Pasangan itu memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan lukisan barangan bayi dan jangkaan bulan kelahiran. “September 2024. Deepika & Ranveer,” tulis pasangan itu di ruangan kapsyen.

Walaupun telah mengumumkan dirinya berbadan dua dan beberapa kali membuat kemunculan awam, ramai netizen berasa sangsi dan menuduh aktres Kalki 2898 AD itu memalsukan kehamilannya.

Selepas beberapa bulan berdepan kritikan dan mengunci mulut, aktres berusia 38 tahun itu meletakkan noktah pada spekulasi dengan berkongsi foto kehamilannya di media sosial. Foto hitam-putih yang turut menampilan Ranveer itu jelas mempamerkan perutnya yang sedang sarat.

Melihatkan saiz perut Deepika yang besar, netizen mula membuat satu lagi spekulasi bahawa pasangan itu bakal dikurniakan bukan satu tetapi dua cahaya mata.

Seorang peminat menulis, “Saya rasa Deepika hamil anak kembar,” manakala seorang lagi menambah,” Nampaknya anak kembar akan menyerikan kehidupan mereka.” Bagaimanapun ia hanyalah spekulasi dan pasangan itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenainya.

Kehamilan Deepika Padukone Dihidu Peminat

Februari lalu spekulasi kehamilan aktres itu hangat diperkatakan selepas dia menghadiri British Academy Film Awards 2024 atau BAFTA. Tampil anggun di karpet merah dalam sari sarat labuci dan barang kemas mewah daripada Sabyasachi Mukherjee, dia gagal menyembunyikan baby bump yang semakin membesar.

Deepika Padukone hamil anak kembar

Foto: India Today

Menariknya awal tahun ini, bintang XXX: Return of Xander Cage itu berkongsi pandangannya tentang dunia keibubapaan kepada Vogue Singapore. “Saya dan Ranveer amat sukakan budak-budak. Kami tidak sabar mahu memiliki cahaya mata,” katanya.

Pasangan ini bertemu di set penggambaran filem arahan Sanjay Leela Bhansali berjudul Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela pada 2013. Mereka menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 2018 di Lake Como, Itali.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

Bacaan Lanjut
BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD

BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
RANBIR KAPOOR & ALIA BHATT KINI BERGELAR SUAMI ISTERI

RANBIR KAPOOR & ALIA BHATT KINI BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut