Skip to content

5 SEBAB KOLEKSI TIMBERLAND MOTION RANGE SANGAT PRAKTIKAL

Kongsikan artikel ini

TIMBERLAND TERUS MENGUKUHKAN WARISAN GAYA HIDUP LUARNYA DENGAN PELANCARAN KOLEKSI TERBAHARU-MOTION RANGE. DIJAMIN BANYAK FUNGSINYA. GLAM LELAKI MENYENARAIKAN LIMA SEBAB KOLEKSI INI SANGAT PRAKTIKAL. TERUTAMANYA BUAT PENGGIAT AKTIVITI LUAR. 

5 SEBAB KOLEKSI MOTION RANGE TIMBERLAND SANGAT PRAKTIKAL

Timberland memperkenalkan koleksi baharu yang diberi nama Motion Range. Yang merangkumi rekaan but dan snicker Motion Access baharu yang inovatif. Gaya kasut dan set pakaian terkini menggabungkan prestasi khusus dipakai di luar dengan penggayaan yang segar dan versatil, memberikan lebih keselesaan, perlindungan kalis air dan kehangatan kepada hari-hari yang diluangkan di luar. 

MOTION ACCESS YANG RINGAN

Pada rekaan kasut, rangkaian Motion Range ada memperkenalkan Motion Access yang ultra versatil dan ringan. Dicipta dengan sistem keselesaan TimberCush™ yang responsif-pengalaman dwi ketumpatan di bawah tapak kaki yang bertindak balas terhadap setiap pergerakan untuk tenaga diperbaharui dalam setiap langkah-tapak luar TimberGrip™untuk kestabilan dan daya tarikan yang tiada tandingan, dan lapisan REBOTL™ untuk memudahkan udara keluar masuk. Tersedia dalam pilihan keupayaan kalis air secara berperingkat, untuk lelaki juga wanita, direka untuk membawa lebih banyak kegunaan, keselesaan dan gaya kepada sebarang pengembaraan. 

5 SEBAB KOLEKSI MOTION RANGE TIMBERLAND SANGAT PRAKTIKAL

PILIHAN WARNA MENARIK

Terdapat rekaan but mendaki seperti Motion Scramble dan Motion 6, tersedia dalam pilihan warna baharu. Mengajak semua untuk membawa gaya peribadi mereka yang tersendiri di luar rumah. 

PELINDUNG SEJATI

Jaket untuk lelaki dan wanita yang ditawarkan dari koleksi ini tersangatlah tahan dan dilengkapi Mobi Flex Tech yang membolehkan kebebasan pergerakan maksimum. Fabrik yang direka dengan tiga lapisan serta fabrik ReBOTL™ yang selesa, dijahit sepenuhnya untuk kalis air maksimum. Jadi, koleksi jaket ini sesuai buat golongan yang meminati aktiviti luar dan lasak. Pasti dapat melindungi pemakai dari cabaran-cabaran tertentu, misalnya cuaca sejuk.

SELESA DIPAKAI SEWAKTU DILUAR

Direka untuk dipakai sewaktu keadaan suhu yang lebih rendah, jaket Head Recycled Down yang bersifat ringan ini menawarkan kehangatan, dengan sistem penebat yang hebat dan dilengkapi Durable Water Repellant. 

Terdapat jaket lain sebagai pilihan, seperti jaket the Polartec Mix Media, juga untuk lelaki dan wanita. Menggabungkan bulu Polartec® dan fabrik ReBOTL™ untuk memberikan kehangatan maksimum tanpa rasa terlalu panas. 

Fleece Polartec® Mix Media Full-Zip, juga tersedia dalam gaya lelaki dan wanita, menggabungkan bulu Polartec® dan fabrik ReBOTL™ untuk memberikan kehangatan maksimum tanpa terlalu panas.

SELUAR YANG SELESA

Untuk seluar pula, rekaan seluar Baxter Peak Motion yang boleh regang dan istimewa untuk prestasi, ketangkasan dan ketahanan. Direka menggunakan bahan nilon sebanyak 94 peratus dan elastane sebanyak 6 peratus, gaya berinspirasikan dari arkib Timberland ini menawarkan keupayaan pengeringan cepat, keanjalan maksimum dan kebebasan bergerak. Ternyata, seluar dari koleksi ini menjadi kewajiban buat penyuka aktiviti luar. 

Artikel berkaitan: 5 JENAMA FESYEN LOKAL PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
THE 'QUIET LUXURY' EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI MATTHEW WILSON UNTUK OAKLEY KE JOHN GALLIANO KE ZARA

5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA

Bacaan Lanjut