Skip to content

RAHSIA DI SEBALIK TRANSFORMASI FIZIKAL DAVE BAUTISTA

RAHSIA DI SEBALIK TRANSFORMASI FIZIKAL DAVE BAUTISTA

Kongsikan artikel ini

Aktor kacukan Filipina-Greek, Dave Bautista mengejutkan peminat apabila tampil dengan susuk lebih kecil di karpet merah baru-baru ini.

Dalam temu bual bersama Live With Kelly and Mark, Dave yang terkenal dengan watak Drax berbadan sasa dalam Guardians of the Galaxy mendedahkan rahsia bagaimana dia mengekalkan kecergasan tubuh.

“Seni mempertahankan diri jiu-jitsu. Inilah cara saya menurunkan berat badan. Sebelum ini saya menambah berat untuk filem Knock at the Cabin. Saya sangat berisi ketika itu, berat saya melebihi 136 kilogram.

“Saya bergelut untuk menurunkan berat badan, jadi saya bawa bersama jurulatih yang juga rakan saya, Jason Manly ke Budapest ketika penggambaran filem Dune,” katanya kepada hos Kelly Ripa dan Mark Consuelos.

transformasi fizikal Dave Bautista

Foto: Instagram

Dave Bautista Selesa Dengan Perubahan Diri

Tambah pelakon berusia 55 itu, misinya berhasil apabila dia melihat penurunan berat badan yang ketara selepas melakukan aksi jiu-jitsu selama berjam-jam setiap hari.

Kata Dave, dia berhenti buat beberapa ketika dan kembali mengamalkan seni mempertahankan diri itu kebelakangan ini. Dia terus membawa jurulatihnya bersama ketika penggambaran dan kini sudah pun memperoleh tali pinggang berwarna coklat. “Berat saya turun 23 kilogram lagi baru-baru ini,” jelasnya.

Kelly Ripa sempat memuji usaha yang dilakukan Dave. Katanya, melihatkan susuk aktor itu yang sebelum ini sasa, dia menyedari pelakon itu kehilangan berat badan daripada otot dan bukannya lemak.

“Ya, saya berusaha mengecilkan fizikal dan terpaksa mengorbankan banyak otot. Tapi saya tak kisah, kerana sekarang saya rasa lebih selesa. Tapi ada juga bahagian tubuh yang tak berjaya saya kecilkan walau telah sedaya upaya mencuba. Perut, dada dan muka,” tambahnya.

Foto: Instagram

Walaupun mengakui sukar mengekalkan kecergasan pada usia emas, Dave berkata dia tidak terasa seperti 55 tahun dalam aspek lain kehidupannya.

“Secara mentalnya saya masih pada usia lewat 20-an, awal 30-an, atau mungkin 40. Seingat saya pada usia 40 tahun barulah saya mula menerima kekurangan dan berasa selesa dengan diri sendiri. Jadi ya, mungkin 40 tahun,” akhirinya.

 

Foto: Getty Images/X

Pautan berkaitan: TRANSFORMASI DRASTIK SELEBRITI DEMI WATAK DALAM FILEM

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut

DARI STADIUM KE LAYAR PERAK, 5 ATLET YANG KINI BERGELAR BINTANG FILEM HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut