Skip to content

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

Kongsikan artikel ini

Ramalan peminat bahawa Ranveer Singh dan Deepika Padukone bakal menimang anak kembar nampaknya tidak tepat!

Ahad lalu pada tanggal 8 September 2024, aktres berusia 38 tahun itu selamat melahirkan puteri sulungnya di Hospital HN Reliance di Mumbai, India.

Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat menerusi satu perkongsian di Instagram. Pasangan itu memuat naik foto ilustrasi yang tertulis, “Welcome baby girl! 8.9.2024. Deepika & Ranveer.”

Foto: Instagram

Menurut laporan Hindustan Times, pasangan itu tiba di hospital pada pagi Ahad bersama ahli keluarga yang lain. Bagaimanapun jurugambar tidak berjaya merakam sebarang foto memandangkan mereka berada di dalam kereta yang dilengkapi langsir.

Ranveer Singh & Deepika Padukone Berkongsi Foto Kehamilan

Minggu lalu power couple Bollywood ini memuat naik beberapa foto hitam-putih yang jelas mempamerkan perut Deepika yang sedang sarat. Perkongsian ini sekali gus meletakkan noktah pada spekulasi yang mengatakan aktres Kalki 2898 AD itu memalsukan kehamilannya.

Melihatkan saiz perut Deepika yang besar, netizen mula membuat satu lagi spekulasi bahawa pasangan itu bakal dikurniakan bukan satu tetapi dua cahaya mata.

anak RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE

Foto: Instagram

Seorang peminat menulis, “Saya rasa Deepika hamil anak kembar,” manakala seorang lagi menambah,” Nampaknya anak kembar akan menyerikan kehidupan mereka.” Bagaimanapun ternyata spekulasi itu tidak tepat.

Pasangan itu mengumumkan kehamilan pada bulan Februari 2024 di Instagram dengan berkongsi foto yang memperlihatkan lukisan barangan bayi dan jangkaan bulan kelahiran. “September 2024. Deepika & Ranveer,” tulis pasangan itu di ruangan kapsyen.

Mereka bertemu di set penggambaran filem arahan Sanjay Leela Bhansali berjudul Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela pada 2013. Ranveer dan Deepika menjalin hubungan cinta selama lima tahun sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 2018 di Lake Como, Itali.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BERKONGSI FOTO KEHAMILAN, RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR?

BERKONGSI FOTO KEHAMILAN, RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK KEMBAR?

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

RANVEER SINGH & DEEPIKA PADUKONE BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

10 PELAKON BOLLYWOOD YANG MELAKAR KEJAYAAN DI HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI

Bacaan Lanjut
BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD

BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
RANBIR KAPOOR & ALIA BHATT KINI BERGELAR SUAMI ISTERI

RANBIR KAPOOR & ALIA BHATT KINI BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut