MENGAPA BATMAN TIDAK DITAMPILKAN DALAM SIRI THE PENGUIN?
Sejak siri spin-off The Batman, The Penguin disiarkan, ada penonton tertanya-tanya mengapakah kelibat hero kelawar itu tidak kelihatan.
Penerbit eksekutif, Matt Revees sudah pun memaklumkan bahawa Robert Pattinson tidak akan membuat kemunculan sehinggalah The Batman Part II diterbitkan. Bagaimanapun itu tidak menghalang peminat daripada membuat pertikaian, “Drama The Penguin, tetapi tiada Batman?”.
Dalam satu temu bual bersama Esquire, Matt berkongsi lebih lanjut tentang masa depan projek Batman.
“Dia lebih kepada hero di tengah bandar. Salah satu perkara mengujakan tentang menghasilkan sebuah naskah adalah peluang untuk benar-benar memberi fokus pada karakter utama dan mengubah sudut pandangan. Keseluruhan siri ini dibuat dari sudut pandangan Batman dan Bruce.
“Namun ada juga beberapa babak dari sudut pandangan Riddler. Ini sengaja dilakukan untuk membuatkan anda berfikir sejenak: ‘Eh, adakah ini pandangan Batman atau Riddler?’ Ia seperti: Apa kata kita ikut dan lihat saja perjalanan Oz selepas apa yang berlaku dalam filem itu,” tambahnya.
Plot The Penguin
Benar seperti apa yang dikatakan Matt, siri ini menyusuri perjalanan hidup Oz Cobb (lakonan Colin Farrell) kala dia mendaki tangga dunia jenayah.
Menjadi dalang perang antara Falcone dan Maroni, Penguin mengambil kesempatan atas kekosongan kuasa yang tercetus akibat tindakan Riddler dalam The Batman dan cuba merebut kawasan gelap Gotham untuk dirinya sendiri. “Ia hampir sama seperti filem gangster. Ideanya adalah untuk melihat Oz memperoleh kuasa pada masa ini,” kata Matt.
Colin muncul sebagai Penguin buat kali pertama dalam filem The Batman pada 2022 yang menyaksikan Robert menjayakan watak adi wira tersohor itu. Persembahannya mencuri hati ramai penonton sekali gus memaksa studio memberi ‘lampu hijau’ untuk menghidupkan siri tersebut di HBO Max.
Foto: Deadline
Pautan berkaitan: FOTO PERTAMA COLIN FARRELL DI SET PENGGAMBARAN SIRI THE PENGUIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.