ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR
ALL EYES ON JEFF SATUR NOW! BINTANG THAILAND INI BARU SAHAJA DIUMUMKAN RAY-BAN SEBAGAI WAJAH KEMPEN TERBAHARU. MENAMPILKAN GAYA TERKINI MENGINSPIRASI EKSPRESI DIRI YANG ASLI, BERANI DAN YAKIN.

Sebagai duta pertama untuk Thailand, Jeff Satur membawa gaya visual yang segar dan berbeza kepada koleksi versatil bingkai optik dan cermin mata hitam Ray-Ban.
RAY-BAN KEKAL RELEVAN
Secara rasminya bulan ini, Ray-Ban melancarkan kempen di seluruh negara dengan menampilkan Jeff Satur sebagai duta jenama pertama untuk Thailand, bermula dengan acara pelancaran sembutan yang diadakan di The Portal by Palette, Bangkok. Terkenal dengan ekspresi artistiknya yang unik dan tersendiri serta pengaruh yang semakin berkembang merentas fesyen, budaya dan muzik. Jeff Satur melambangkan visi baharu Ray-Ban di Thailand, yang memperkasakan keperibadian yang asli dan menerima inovasi untuk kekal relevan.


Sebagai sebahagian daripada bergelar duta, Jeff Satur bakal tampil memakai koleksi utama Ray-Ban yang menolak sempadan gaya dan reka bentuk inovatif, termasuk koleksi Asian Design, yang terkenal dengan gaya yang sesuai dan klasik, koleksi Pulse, direka untuk pecinta fesyen yang beridentiti berani lagi bergaya. Koleksi Change juga diperkenalkan lagi, bingkai yang ikonik terkenal dengan inovasinya yang bertukar warna apabila bertindak balas dengan cahaya.
Peminat-peminat Satur akan dapat melihatnya memakai enam gaya ini dengan lebih kerap dalam kempen iklan akan datang dan platform media lain dalam kerjasama selama setahun ini.
Artikel berkaitan: 15 GAYA “GENERASI Z” EDDY PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.











