Skip to content

RAMPAS TAKHTA RIHANNA, TAYLOR SWIFT KINI PEMUZIK WANITA TERKAYA DI DUNIA

RAMPAS TAKHTA RIHANNA, TAYLOR SWIFT KINI PEMUZIK WANITA TERKAYA DI DUNIA

Kongsikan artikel ini

Bintang pop tersohor, Taylor Swift disenaraikan sebagai pemuzik wanita paling kaya di dunia.

Menurut Forbes, penyanyi berusia 35 tahun itu memiliki nilai kekayaan sebanyak USD1.6 bilion. Sebahagian besar kekayaannya diperolehi daripada karya muzik dan konsert jelajah.

Harta kekayaan bintang itu termasuk USD600 juta daripada bayaran royalti dan jelajah dunia, serta katalog muzik yang dianggarkan bernilai USD600 juta. Dari segi hartanah, Taylor memiliki lima kediaman di sekitar Amerika Syarikat kesemuanya berjumlah kira-kira USD125 juta.

Gelaran pemuzik wanita terkaya dunia sebelum ini dipegang oleh Rihanna (USD1.4 bilion). Kini satu-satunya pemuzik yang mendahului Taylor adalah mogul hip-hop Jay-Z dengan kekayaan berjumlah USD2.5 bilion.

Taylor Swift pemuzik terkaya di dunia

Foto: Getty Images

Sumber Kekayaan Taylor Swift

Taylor meraih status bilionair pada Oktober 2023 menerusi katalog muzik dan konsert Eras Tour yang mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia.

Eras Tour yang bermula pada Mac 2023 melakar sejarah apabila menjadi konsert terlaris di seluruh dunia dengan jualan tiket melebihi USD1 bilion. Pada Disember 2023, Rolling Stone melaporkan pemuzik itu menjual kira-kira 4.3 juta tiket pada harga purata USD238.

Kejayaan Taylor tidak terbatas hanya pada konsert jelajah, tetapi juga penghasilan albumnya yang memecah pelbagai rekod. Pada 2021 dia mengeluarkan rakaman semula lima album pertamanya untuk mendapatkan semula hak pemilikan selepas Scooter Braun menjual master albumnya pada harga lebih USD300 juta.

album baru Taylor Swift The Tortured Poets Department

Album terbarunya berjudul The Tortured Poets Departments dilancarkan pada bulan April. Ia debut pada kedudukan pertama dalam Billboard 200 dan kekal di tangga teratas dalam carta selama 15 minggu. Salinan album ini terjual paling banyak berbanding projek lain pada tahun ini dengan 2.4 juta salinan pada penggal pertama 2024.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

10 LAGU TAYLOR SWIFT PALING BANYAK DISTRIM DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA

Bacaan Lanjut
TAYLOR SWIFT BERI DUA PETUNJUK PERPISAHAN DENGAN JOE ALWYN DALAM KONSERT ERAS TOUR

TAYLOR SWIFT BERI DUA PETUNJUK PERPISAHAN DENGAN JOE ALWYN DALAM KONSERT ERAS TOUR

Bacaan Lanjut