Skip to content

CNBLUE KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT VOYAGE INTO X

CNBLUE KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT VOYAGE INTO X

Kongsikan artikel ini

Khabar gembira buat peminat tegar kumpulan Korea Selatan, CNBLUE di Malaysia.

Selepas kejayaan konsert CNBLUENTITY pada awal tahun 2024, kumpulan rock popular ini akan kembali menghiburkan peminat dengan persembahan hebat lagi bertenaga.

CNBLUE akan menghangatkan pentas Arena of Star, Resort World Genting pada hari Sabtu, 7 Disember 2024 bermula jam 6 petang. Kedatangan mereka kali ini adalah untuk menjayakan konsert terbaru, 2024 CNBLUE Live In Asia – Voyage Into X Malaysia.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia CNBLUE dan Malaysia dipilih sebagai salah satu lokasi persinggahan mereka. Berita ini tentunya mengujakan para peminat yang dikenali sebagai Boice kerana berpeluang menyaksikan persembahan hebat mereka sekali lagi.

Foto: Facebook

Khas Buat Peminat CNBLUE

Kumpulan yang dianggotai oleh Jung Yong Hwa (vokalis dan pemain gitar), Kang Ming Hyuk (pemain dram) dan Lee Jung Shin (pemain bass) sememangnya terkenal dengan bakat luar biasa.

Sejak ditubuhkan pada 2009, kumpulan ini telah berjaya mencuri perhatian peminat dari seluruh dunia dengan karya hebat seperti I’m a Loner, Can’t Stop, Intuition dan Love.

Boice pastinya tidak akan kecewa dengan konsert yang bakal disajikan pada bulan Disember ini. Jung Yong Hwa, Kang Ming Hyuk dan Lee Jung Shin bakal membuat persembahan di atas pentas berbentuk X, sekali gus menjanjikan pengalaman lebih intim buat penonton.

Tiket dijual pada harga RM738 (PZ/VIP), RM638 (PS1), RM538 (PS2) dan RM438 (PS3) tidak termasuk RM4 yuran pemprosesan. Ia boleh didapatkan melalui platform tiket rasmi RWGenting dan Ticketek.

2024 CNBLUE LIVE IN ASIA : VOYAGE into X MALAYSIA | Resorts World Genting

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: N.FLYING BAKAL HIBURKAN PEMINAT MENERUSI KONSERT SULUNG DI MALAYSIA