Skip to content

BELANJAWAN MALAYSIA 2025: PERUBAHAN MENGEJUTKAN WAJIB DIKETAHUI RAKYAT

Kongsikan artikel ini
1 of 3

BELANJAWAN MALAYSIA 2025 membawa pelbagai perubahan besar yang bakal memberi impak kepada setiap rakyat. Ketahui langkah-langkah penting dan kejutan yang diumumkan dalam belanjawan tahun ini.

Logo Belanjawan 2025

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
PELEPASAN PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN UNTUK DIRI, PASANGAN, DAN ANAK
Skop pelepasan cukai pendapatan untuk perbelanjaan perubatan akan dikaji semula seperti berikut:

  • Tiada perubahan bagi penyakit serius, rawatan kesuburan, vaksinasi (sehingga RM1,000), dan rawatan pergigian (sehingga RM1,000) untuk diri, pasangan, atau anak.
  • Pelepasan bagi pemeriksaan kesihatan penuh, pemeriksaan atau konsultasi kesihatan mental, dan ujian pengesanan COVID-19 yang kini terhad kepada RM1,000 akan diperluaskan untuk termasuk pembelian kit ujian kendiri, alat perubatan ujian kendiri, dan bayaran ujian pengesanan penyakit yang dijalankan di klinik atau hospital.
  • Had pelepasan bagi penilaian dan diagnosis, program intervensi awal, serta rawatan pemulihan berterusan untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun yang mengalami masalah pembelajaran akan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000.
    Semua ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2025.

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA
Pelepasan cukai pendapatan tambahan untuk individu kelainan upaya akan dikaji semula seperti berikut:

  • Pelepasan bagi pembayar cukai individu kelainan upaya akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM7,000.
  • Pelepasan bagi pasangan kelainan upaya akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000.
  • Pelepasan bagi anak kelainan upaya yang belum berkahwin akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
    Semua ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2025.

LANJUTAN PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN UNTUK SUMBANGAN KEPADA SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS) DAN ANUITI TERTUNDA

  • Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 bagi sumbangan kepada PRS dan premium yang dibayar untuk anuiti tertunda akan dilanjutkan selama lima (5) tahun.
  • Cukai pegangan pada kadar 8% akan terus dikenakan ke atas sebarang jumlah yang dikeluarkan, kecuali bagi tujuan yang dibenarkan.
1 of 3