Skip to content

10 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG MEMPUNYAI FOBIA

10 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG MEMPUNYAI FOBIA

Kongsikan artikel ini

Setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu perkara yang mereka takuti atau fobia dalam hidup. Selebriti juga tidak terkecuali.

Fobia adalah satu bentuk ketakutan atau kebimbangan melampau yang dicetuskan oleh situasi atau objek. Sesetengah orang takut dengan sesuatu yang umum seperti tempat tinggi. Bagaimanapun ada juga yang mengalami fobia aneh seperti meremang apabila melihat objek yang mempunyai banyak lubang.

Selama bertahun-tahun, ramai selebriti terbuka bercakap mengenai perkara yang menakutkan mereka termasuk selebriti Korea. Kebanyakannya tidak mengejutkan manakala sesetengahnya dianggap aneh. Ada juga yang mengundang simpati kerana tercetus daripada trauma zaman kanak-kanak.

GL senaraikan jenis fobia yang dialami oleh beberapa bintang popular Korea

 

1. Rain

Pemilik nama Jung Ji Hoon ini mengakui takut dengan ruang kecil yang tertutup atau claustrophobia. Ketakutannya tercetus selepas melakonkan satu babak dalam filem di mana dia perlu berbaring di dalam keranda.

 

2. Lee Jong Suk

Walaupun telah lama bergelar pelakon, Lee Jong Suk masih takut dengan perhatian atau dikenali sebagai scopophobia. Bila berdepan dengan situasi ini, dia akan berpeluh dengan banyak dan wajahnya menjadi merah. Dalam satu temu bual, aktor ini berkata dia berasa cemas apabila perlu berhadapan dengan orang ramai.

 

3. Jin

Kim Seok Jin telah beberapa kali berkongsi kepada peminat bahawa dia takut pada dua benda secara spesifik. Pertama adalah hantu atau phasmophobia manakala yang kedua adalah serangga atau entomophobia.

 

4. Jimin

Pemilik nama Park Ji Min ini pernah mengakui berasa takut dengan beberapa perkara termasuk tikus dan ketinggian (acrophobia). Selain musophobia, dia juga takut dengan satu lagi haiwan iaitu rama-rama atau lepidopterophobia. Menurut laporan, dia mempunyai fobia itu sejak kecil selepas seseorang memasukkan rama-rama ke dalam seluarnya.

 

5. Cha Seung Won

Sewaktu menjalani penggambaran filem Ghost House pada 2004, pelakon ini diserang oleh 600 ekor ayam. Dek kerana itu dia mempunyai fobia terhadap burung atau ornithophobia sehingga kini.

 

6. Tablo

Penyanyi, penulis lirik dan komposer Korea-Kanada ini mempunyai fobia memandu atau amaxophobia. Ketakutannya tidak dapat dikawal sehingga isterinya perlu memandu sendiri ke hospital untuk melahirkan anak. Disebabkan itu juga dia hanya menaiki teksi untuk ke mana-mana.

 

7. Jungkook

Ahli kumpulan termuda BTS ini dilaporkan mempunyai fobia terhadap haiwan seperti kucing dan serangga. Anehnya, dia juga takut dengan bunyi yang dihasilkan ketuhar gelombang mikro.

 

8. Ten

Siapa sangka anggota kumpulan NCT ini fobia dengan buah-buahan atau fructophobia. Ia boleh timbul kerana pelbagai sebab seperti takut tertelan biji benih yang mungkin bercambah di dalam badan.

 

9. V

Kim Tae Hyung atau V terbuka berkongsi ketakutannya kepada peminat sejak sekian lama. Akuinya, dia takut dengan cicak (herpetophobia), lebah (apiphobia), tikus (musophobia), ketinggian (acrophobia), hantu (phasmophobia) dan makian.

 

10. Cho Kyuhyun

Anggota kumpulan Super Junior ini takut dengan kuda atau equinophobia. Ketakutan ini boleh tercetus oleh trauma zaman kanak-kanak seperti terjatuh ketika menunggang kuda.

 

Pautan berkaitan: ALAHAN PELIK LIMA BINTANG KOREA POPULAR