ADAKAH ANDA SEORANG SEXOMNIA?
Sindrom sleep walking atau berjalan sambil tidur mungkin biasa namun tahukah anda terdapat satu sindrom tidur yang pelik iaitu sexomnia. Buat pengetahuan anda, Sexomnia atau “sleepsex” adalah kondisi di mana seseorang itu melakukan seks semasa dia tidur tanpa disedarinya. Sexomnia sama seperti “sleepwalking” yang mana pesakit tidak sedar apa yang dilakukan semasa mereka dalam keadaan tidur. Apabila terjaga dari tidur, mereka tidak ingat apa yang mereka lakukan semasa tidur.
Kebiasaan mereka yang ‘didiagnosis’ dengan sindrom Sexomnia ini melakukan aktiviti-aktiviti seksual sewaktu tidur seperti masturbasi, menyentuh dan mencium pasangan atau cubaan mengadakan hubungan seksual tanpa mereka sedari. Yang mengejutkan, pasangan kepada pesakit ini mendapati bahawa mereka tidak menunjukkan reaksi kepada “aksi” mereka seolah-olah berada dalam dunia lain.
Apa punca kepada sindrom ini? Berdasarkan kajian dari Dr Raman Malhotra, MD, pengarah bersama Saint Louis University Sleep Disorders Center menyatakan punca kepada penyakit ini masih samar namun beliau percaya kelakuan ini berlaku ke atas penyakit yang sering mengalami gangguan tidur seperti kurang tidur atau apnea tidur (gangguan bernafas ketika tidur). Selain itu, mereka yang berisiko untuk mendapatkan sexomnia adalah mereka yang sering meminum arak atau pernah didera akibat dadah dan seksual.
Berdasarkan data dari Toronto Western Hospital, lelaki lebih cenderung untuk mengalami gejala ini walaupun wanita juga tidak terkecuali.
Bagaimana pula dengan langkah mengatasinya? Mampukah ubat-ubatan mengawal tingkah laku seorang sexomnia? Berdasarkan Dr. Raman Malhotra lagi, masih belum ada ubat mahupun pil dengan pensijilan PDA mampu menyembuhkan penyakit ini, namun ia mampu dibendung dengan sedatif dan ubat antidepresan untuk merawatnya. Selain itu, ia boleh dihindari dengan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka yang terjejas dengan keadaan ini. Antara langkah yang boleh diambil adalah tidur dalam bilik yang berasingan, mengunci pintu, atau meletakkan penggera bagi menyedarkan mereka.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA
Ketahui rahsia kecantikan lelaki melalui rutin penjagaan kulit yang tepat. Dapatkan tip ini untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan dengan rutin mudah. Apakah kunci untuk kelihatan segak dan berkarisma meskipun menjalani rutin harian yang padat? Walaupun banyak yang berpendapat bahawa penjagaan kulit hanya untuk wanita, kenyataannya adalah, lelaki juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan dan penjagaan…
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER
Raja Charles III disahkan menghidap kanser prostat baru-baru ini. Bagaimanapun ia bukanlah diagnos barah pertama di kalangan kerabat Britain.