Skip to content

AZIRA SHAFINAZ & FABIAN LOO LAKAR SEJARAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK 2024

AZIRA SHAFINAZ & FABIAN LOO LAKAR SEJARAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK 2024

Kongsikan artikel ini

Tahniah diucapkan kepada dua bintang tanah air, Azira Shafinaz dan Fabian Loo yang berjaya mengharumkan nama negara pada Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61.

Pada acara yang berlangsung di Genting Highlands itu, Azira dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Indera. Fabian pula membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi wataknya dalam filem Rain Town.

Kala menerima trofi di atas pentas, Azira berkata kemenangan itu adalah satu kejutan besar buatnya memandangkan dia langsung tidak mengetahui dirinya tercalon.

“Pertama sekali, saya tidak tahu nama saya dicalonkan dalam kategori ini. Jadi ini satu kejutan besar. Terima kasih kepada APFF atas penghargaan hebat ini. Saya amat berbesar hati atas penganugerahan ini,” katanya.

AZIRA SHAFINAZ & FABIAN LOO LAKAR SEJARAH DI PENTAS FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK 2024

Fabian yang tidak dapat hadir diwakili oleh pengarah filem Rain Town, Tunku Mona Riza.

Senarai Pemenang Festival Filem Asia Pasifik 2024

Selain Pelakon Pembantu Terbaik, Malaysia turut meraih kejayaan dalam kategori Filem Pendek menerusi The Lonely Piano dan Anugerah Khas juri menerusi EMP4T.

Naskah Thailand yang meniti bibir penonton, How To Make Millions Before Grandma Dies diangkat sebagai Filem Terbaik. Bukan itu saja, ia juga menggondol kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan cemerlang Putthipong Assaratanakul. Juga Lakon Layar Terbaik yang dimenangi oleh Thodsapon Thiptinnakorn dan Pat Boonnitipat.

 

Lihat Senarai Penuh Pemenang Di Sini

 

Filem Terbaik: How To Make Millions Before Grandma Dies – Thailand

Pengarah Terbaik: Anselm Chan Mou Yin (The Last Dance) – Hong Kong, China

Aktor Terbaik: Putthipong Assaratanakul (How To Make Millions Before Grandma Dies) – Thailand

Aktres Terbaik: Michelle Wai (The Last Dance) – Hong Kong, China

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Fabian Loo (Rain Town) – Malaysia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Azira Shafinaz (Indera) – Malaysia

Lakon Layar Terbaik: Thodsapon Thiptinnakorn, Paat Boonnitipat (How To Make Millions Before Grandma Dies) – Thailand

Sinematografi Terbaik: Joseph Christoforus Fofid (Woman From Rote Island) – Indonesia

Penyuntingan Filem Terbaik: William Chang Suk Ping, Curran Pang (The Last Dance) – Hong Kong, China

Skor Muzik Asal Terbaik: Indraadip Dasgupta (Padatik) – India

Kesan Bunyi Terbaik: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang-Chu (Eye of The Storm) – Taiwan

Kesan Visual Terbaik: Archin Yen (Eye Of The Storm) – Taiwan

Pengarah Seni Terbaik: Yiu Hon Man (The Last Dance) – Hong Kong, China

Solekan dan Kostum Terbaik: Somnath Kundu, Sabarin Das (Padatik) – India

Koreografi Aksi Terbaik: Blue Room – Filipina

Filem Pendek Terbaik: The Lonely Piano

Media Baharu Terbaik: Wo Long Feng Chu

Anugerah Khas Juri: Filem Emp4T Singapura, Malaysia

Anugerah Khas Juri: Filem Side-Seeing The Movie – Vietnam, Thailand

FPA Paling Cemerlang: Anugerah Pembikin Filem Cemerlang / Raymond Wong Pak Ming

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Sammo Hung

 

Foto: Instagram/Edmund Lee

Pautan berkaitan: SHAH RUKH KHAN DIKURNIA PARDO ALLA CARRIERA DI FESTIVAL FILEM LOCARNO