SERING TUNDA KONSERT, TAHAP KESIHATAN JUSTIN TIMBERLAKE MERUDUM?
Selepas lebih sebulan menunda konsert jelajah dunia, Justin Timberlake sekali lagi mengumumkan pembatalan persembahannya yang akan datang atas faktor kasihatan.
Baru-baru ini penyanyi berusia 43 tahun itu memaklumkan bahawa konsert di Oklahoma City, Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung pada 2 Disember dibatalkan. Konsert The Forget Tomorrow World Tour itu bermula sejak April lalu.
Alasannya, dia mengalami kecederaan tulang belakang ketika membuat persembahan di Smoothie King Center, New Orleans. Justeru atas nasihat doktor, dia terpaksa berehat untuk memulihkan kecederaan yang dialami.
“Saya minta maaf Oklahoma. Saya terpaksa membatalkan persembahan pada 2/12. Tulang belakang saya tercedera ketika di NOLA (New Orleans) dan doktor meminta saya berehat untuk satu jangka masa yang panjang. Terima kasih atas sokongan anda semua. Anda tentu tahu keputusan ini sukar buat saya,” tulisnya di Instagram.
Konsert The Forget Tomorrow World Tour yang bermula sejak April lalu ini bersempena album studio keenamnya, Everything I Thought It Was. Ia menampilkan 29 lagu hebat termasuk My Love, Cry Me A River, Suit & Tie serta Rock Your Body.
Kesihatan Justin Timberlake Membimbangkan
Ini bukanlah kali pertama bapa kepada dua cahaya mata itu menunda konsertnya disebabkan masalah kesihatan. Akhir Oktober lalu dia berehat seketika daripada konsert kerana mengalami radang pada paru-paru dan peti suara.
“Hai semua. Saya berasa tidak sihat sejak beberapa persembahan lalu dan rupa-rupanya saya menghidap bronkitis dan laringitis. Saya mohon maaf kerana terpaksa menjadualkan semula tarikh persembahan akan datang. Terima kasih kerana memahami, saya akan membalas jasa anda semua – JT,” tulisnya di Instagram.
Disebabkan itu dia terpaksa menjadualkan semula konsert di enam lokasi termasuk Chicago, Grand Rapids, Detroit, Milwaukee, St. Paul dan Columbus ke Februari tahun hadapan.
Dua minggu sebelumnya, dia turut menunda persembahan di Newark, New Jersey kerana mengalami kecederaan yang tidak didedahkan.
“Saya memohon maaf kerana menangguhkan persembahan malam ini. Sebenarnya saya mengalami kecederaan yang menghalang saya daripada membuat persembahan. Saya sangat kecewa kerana tidak berjumpa dengan anda semua – tetapi saya sedang berusaha untuk menjadualkannya semula secepat mungkin.
“Saya berjanji akan menebusnya dan memberikan persembahan hebat yang anda layak dapat. Terima kasih kerana memahami. Saya hargai sokongan anda sentiasa,” tulisnya.
Foto: David Grunfeld/The Times-Picayune
Pautan berkaitan: JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DISERANG PENYAKIT, JUSTIN TIMBERLAKE TUNDA KONSERT JELAJAH DUNIA
Nampaknya Justin Timberlake terpaksa mengecewakan peminat demi memberi fokus pada kesihatannya.
JUSTIN TIMBERLAKE DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMANDU KETIKA MABUK
Malang nasib Justin Timberlake apabila ditangkap pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
NSYNC KEMBALI MEWARNAI DUNIA HIBURAN DENGAN LAGU BAHARU
Selepas 23 tahun, NSYNC membuat kejutan dengan mengumumkan pelancaran lagu terbaharu yang bakal menemui peminat pada 29 September.
DEBUT JUSTIN TIMBERLAKE SEBAGAI MODEL KEMPEN LOUIS VUITTON
Pada usia 42 tahun, Justin Timberlake membuat kemunculan pertama sebagai model kempen terbaharu jenama fesyen mewah Louis Vuitton.
SELEBRITI HOLLYWOOD YANG BERTEMU JODOH MENERUSI KENALAN
Ada antara mereka yang tahu ia merupakan cinta pandang pertama, ada juga yang memerlukan sedikit masa untuk menyedarinya.
RAMBUT FROSTED KINI KEMBALI LEBIH AGRESIF
Pernah menjadi kegilaan wanita era 2000’s, stail rambut kontroversi ini kembali menjengah tahun ini dengan lebih bersahaja.