KERLIPAN BINTANG HOLLYWOOD DI GOTHAM AWARDS 2024
Gotham Awards kembali lagi untuk memberi penghargaan kepada pembikin filem bebas dan barisan pelakon yang cemerlang pada tahun 2024.
Acara tahunan ke-34 ini berlangsung penuh gemilang di Cipriani Wall Street, New York pada 3 Disember lalu. Dianjurkan oleh Gotham Film and Media Institute, Gotham Awards tahun ini mengiktiraf bakat-bakat baru dan pencapaian sinematik merentasi 39 filem dan 25 persembahan paling menonjol.
Colman Domingo melakar sejarah peribadi apabila memenangi kategori Outstanding Lead Performance menerusi filem Sing Sing. Dia menewaskan nama-nama besar seperti Nicole Kidman (Babygirl), Demi Moore (The Substance) dan Pamela Anderson (The Last Showgirl).
Filem arahan Greg Kwedar itu memenangi beberapa anugerah. Malah pelakon gandingan Colman, Clarence Maclin turut membawa pulang trofi Outstanding Supporting Performance.
Turut menerima penghormatan pada acara itu termasuk Angelina Jolie (Performer Tribute) untuk filem Maria dan Zendaya (Spotlight Tribute) untuk Challengers. A Complete Unknown lakonan Timothée Chalamet yang diarahkan oleh James Mangold dianugerahkan Visionary Tribute.
Selain senarai pemenang, satu lagi acara yang menjadi tumpuan ramai tentunya fesyen karpet merah. Barisan selebriti popular menghangatkan permaidani merah dalam persalinan segak dalam berkilauan daripada jenama fesyen tersohor.
Tinjau gaya para tetamu di Gotham Awards 2024
Colman Domingo

Zendaya

Sebastian Stan

Nicole Kidman

Adrien Brody

Angelina Jolie

Oscar Isaac

Zoe Kravitz

Josh O’Connor

Demi Moore

John David Washington

Saoirse Ronan

Jesse Eisenberg

Elle Fanning

Justice Smith

Jessica Chastain

Kieran Cullkin

Zoey Deutch

Brian Tyree Henry

Foto: Getty Images/WireImage
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN TERHANGAT DI KARPET MERAH MTV EMA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PENUH PEMENANG GOTHAM AWARDS 2024
Anugerah anjuran Gotham Film and Media Institute ini memberi penghargaan kepada pencapaian cemerlang pembikin filem bebas dan barisan pelakon yang terlibat.






