Skip to content

KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN

KEMUNCULAN SEMULA GOT7 SELEPAS 3 TAHUN

Kongsikan artikel ini

GOT7 bakal kembali secara lengkap dalam dunia muzik selepas tiga tahun dinanti-nantikan oleh peminat mereka, iGOT7. 

Selepas menamatkan kontrak bersama JYP Entertaiment pada tahun 2021, GOT7 akhirnya bakal kembali sebagai satu kumpulan yang lengkap pada 20 Januari 2025. Kumpulan Korea Selatan dengan tujuh ahli ini bakal kembali selepas tiga tahun dengan EP baru mereka, WINTER HEPTAGON dan bakal diuruskan oleh KAKAO Entertainment. Mereka sudah mendedahkan senarai lagu di akaun Instagram mereka, yakni 9 lagu termasuk lagu utama, PHYTON. PHYTON juga bakal ditulis dan dikarang oleh ahli GOT7 sendiri, iaitu BamBam. BamBam telah dikreditkan sebagai penulis dan komposer untuk lagu utama meraka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GOT7 (@got7.with.igot7)

 

Kemunculan kembali ini sangat dinanti-nantikan oleh iGOT7, peminat mereka kerana takut kontroversi yang berlaku antara mereka dan JYP Entertainment boleh membawa kepada pembubaran kumpulan ini. Ketua mereka, JayB sedaya upaya berlawan untuk mendapatkan hak atas nama GOT7 demi menyambung legasi kumpulan itu. Mereka dianggotai oleh tujuh ahli, JayB, Jinyoung, Mark Tuan, Jackson Wang, Youngjae, BamBam dan Yugyeom. GOT7 membuat kemunculan sulung mereka pada tahun 2014 dengan single berjudul Girls Girls Girls.

got7

Dalam masa tiga tahun kumpulan ini tidak bersama, ahli-ahli mereka masih aktif dalam dunia hiburan. Mark Tuan, Jackson Wang dan BamBam cukup aktif dalam dunia fesyen dan muzik. JayB, Youngjae dan Yugyeom meneruskan kerjaya mereka sebagai penyanyi manakala Jinyoung giat berlakon dalam pelbagai drama. Antara drama Jinyoung yang terkenal ialah The Devil Judge dan Yumi’s Cell, sebagai watak utama. Selain daripada GOT7, kumpulan wanita GFriend juga baru membuat kemunculan semula pada 13 Januari 2025 selepas hampir 4 tahun.

Pautan Berkaitan: 5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA

8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
TEAM WANG WARNAI DUNIA FESYEN DENGAN KOLEKSI TERBARU

TEAM WANG WARNAI DUNIA FESYEN DENGAN KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut
fashion week menswear

60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki Thailand Bright

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut