Skip to content

4 TREND DATING DI ASIA YANG MENGEJUTKAN

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Dunia dating semakin kompleks, dan kajian terbaru dari Lunch Actually, perkhidmatan temu janji makan tengah hari terkemuka di Asia, mendedahkan pandangan menarik tentang budaya dating di enam negara Asia. Kajian ini merungkai bagaimana norma budaya, sikap, dan keutamaan peribadi mempengaruhi cinta dan hubungan masa kini. Mari kita lihat empat penemuan besar yang mengubah cara kita melihat dunia temu janji.

1. Duit Bukan Segalanya? Atau Mungkin Ya?

 

Tahukah anda, sikap terhadap kestabilan kewangan dalam hubungan berbeza mengikut negara?

  • Wanita Hong Kong lebih progresif – 52% sedia menerima pasangan berpendapatan lebih rendah.
  • Indonesia? Hanya 25% wanita bersikap sama, menandakan sikap konservatif yang masih kuat.
  • Di Malaysia, 38% wanita sanggup berpasangan dengan lelaki berpendapatan rendah, menunjukkan gabungan pandangan tradisional dan moden.

Menariknya, 97% lelaki Thailand sedia menerima wanita berpendapatan lebih tinggi. Tetapi, hanya 36% wanita mereka terbuka untuk lelaki berpendapatan rendah. Adakah ini tanda perubahan norma atau hanya tekanan budaya?

1 of 4