10 FILEM ROMANTIK WAJIB TONTON FEBRUARI INI
Bulan Februari dipenuhi dengan rasa cinta dan salah satu cara untuk meraikannya adalah dengan menonton filem romantik.
Menariknya, platform penstriman popular menawarkan pelbagai filem bergenre komedi romantik yang boleh anda tonton bersama pasangan. Daripada filem percintaan remaja sehingga kisah moden, pasti ada satu yang memikat hati anda dan si dia.
Ini 10 filem romantik pilihan Glam Lelaki
1. Anyone But You (2023)
Sinopsis: Walaupun janji temu pertama mereka berjalan lancar, perhubungan Beatrice (Sydney Sweeney) dan Ben (Glen Powell) menjadi keruh dek salah faham. Situasi berubah apabila mereka berpura-pura menjadi pasangan kekasih di Australia.
2. Always Be My Maybe (2019)
Sinopsis: Sasha Tran (Ali Wong) dan Marcus Kim (Randall Park) merupakan rakan baik zaman kanak-kanak yang kembali berhubung setelah dewasa. Walaupun mempunyai arah tuju kehidupan berbeza, mereka masih berkongsi gelak tawa dan menyayangi satu sama lain. Keadaan menjadi huru hara apabila Marcus terpaksa bersaing dengan Keanu Reeves yang membawa watak dirinya sendiri versi lucu.
3. Falling Inn Love (2019)
Sinopsis: Gabriela Diaz (Christina Milian), seorang wanita muda dari San Francisco menyertai sebuah pertandingan dan memenangi rumah penginapan di New Zealand. Dunianya menjadi tunggang-terbalik apabila seorang kontraktor kacak bernama Jake Taylor (Adam Demos) membantunya memperbaiki rumah itu.
4. Fly Me To The Moon (2024)
Sinopsis: Sewaktu Perlumbaan Angkasa Lepas antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada 1960-an, pakar pemasaran Kelly Jones (Scarlett Johansson) dibawa masuk untuk memulihkan imej awam NASA. Malangnya dia menyukarkan tugas Cole Davis (Channing Tatum) untuk mendaratkan roket pertama di bulan. Satu kejadian tidak disangka mencambah bibit-bibit percintaan antara mereka.
5. Love at First Sight (2023)
Sinopsis: Hadley (Haley Lu Richardson) dan Oliver (Ben Hardy) bertemu dalam penerbangan dari New York ke London lalu jatuh cinta pandang pertama. Bagaimanapun mereka terpisah di pemeriksaan kastam dan peluang untuk bertentang mata sekali lagi dilihat mustahil. Tanpa disangka takdir mengubah segalanya.
6. Players (2024)
Sinopsis: Penulis sukan, Mack (Gina Rodriguez) mencipta teknik jatuh cinta yang berkesan bersama rakan baiknya, Adam (Damon Wayans Jr). Bagaimanapun tanpa disangka dia sendiri jatuh hati pada seorang wartawan perang, Nick (Tom Ellis). Kini Adam dan rakan-rakan mereka perlu meyakinkan Nick bahawa Mack adalah wanita paling tepat buatnya.
7. Set It Up (2018)
Sinopsis: Harper (Zoey Deutch) dan Charlie Young (Glen Powell) bekerja sebagai pembantu kepada dua bos workaholic yang dilihat kejam. Untuk memudahkan hidup mereka, Harper dan Charlie sepakat membuatkan bos mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain.
8. The Incredible Jessica James (2017)
Sinopsis: Jessica (Jessica Williams), seorang penulis skrip yang bercita-cita tinggi di New York City berdepan kekecewaan setelah putus cinta. Menerusi blind date, dia bertemu Boone (Chris O’Dowd) yang juga sedang mengubati hatinya akibat perpisahan dengan bekas teman wanita. Agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’, mereka sama-sama memikirkan cara untuk menjayakan perhubungan ini.
9. The Perfect Date (2019)
Sinopsis: Pelajar sekolah menengah bernama Brooks Rattigan (Noah Centineo) mencipta aplikasi yang menawarkan khidmat kekasih palsu demi mengumpul wang untuk memasuki kolej. Rancangannya bertukar rumit apabila dia jatuh cinta tanpa sengaja terhadap pelanggannya.
10. When We First Met (2018)
Sinopsis: Selepas bertemu gadis idamannya Avery (Alexandra Daddario) di sebuah parti, Noah (Adam DeVine) berdepan kekecewaan apabila cintanya tidak disambut. Tanpa disangka selepas tiga tahun, dia mendapat peluang kembali ke masa lalu dan mengubah pertemuan mereka berulang kali sehingga segalanya menjadi sempurna.
Pautan berkaitan: 5 FILEM WAJIB TONTON JIKA ANDA MEMINATI GENRE MISTERI PEMBUNUHAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024
Tahun 2024 teryata memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.
5 TIP KEBERSIHAN LELAKI SEBELUM FIRST DATE
Kebersihan diri yang sewajarnya tidak hanya memastikan anda memberi kesan baik kepada first date lelaki, tetapi juga menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2023
Dari filem “Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves” kepada siri popular “Sex Education: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang September 2023.