HADIAH ULANG TAHUN KELAHIRAN PALING BERMAKNA BUAT SYAFIQ FARHAIN
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Syafiq Farhain yang selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada 19 Februari lalu.
Puteri Syafiq dan isteri, Alia Nadia dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram pada jam 1 petang di sebuah pusat perubatan di Terengganu. Lebih manis, anak keduanya ini berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran yang sama dengannya.
“Kelahiran kali ini cukup istimewa kerana jatuh pada hari jadi saya. Ini ibarat hadiah ulang tahun paling manis. Pada saya, cukuplah itu sebagai hadiah yang paling bermakna,” katanya, menurut laporan SinarPlus.

Foto: Remaja
Syafiq Farhain Akui Terkilan
Anak kepada legenda rock terkenal Saleem Iklim itu sempat meluahkan rasa ralat kerana tidak berkesempatan menemani isterinya di wad bersalin. Dia hanya dimaklumkan tentang kelahiran puterinya sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.
“Saya berada di Kuala Lumpur kerana komitmen kerja. Bila sampai di Terengganu, semuanya sudah selamat. Saya terharu dan amat berterima kasih atas pengorbanan isteri.
“Dia memang kuat, dan saya tak tahu bagaimana mahu membalas semua jasa dan pengorbanannya,” tambahnya.

Foto: Instagram
Syafiq dan Alia yang juga pengurusnya disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan seorang puteri, Nur Eshal Zahra yang kini berusia 20 bulan.
Peserta program Big Stage musim pertama itu mengakui tanggungjawab sebagai bapa kepada dua cahaya mata amat besar.
“Rezeki dapat anak kedua ni. Saya tahu selepas ini saya akan lebih sibuk. Anak sulung pun masih kecil, jadi kena beri fokus pada kedua-duanya,” ujarnya.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: TAHNIAH! FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA SAMBUT KELAHIRAN ANAK KELIMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.