GOOD VIBES FESTIVAL 2023: MENGAPA THE 1975 DIDAPATI TIDAK BERSALAH?
Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berlangsung meriah dibatalkan serta-merta selepas kumpulan The 1975 mencetuskan kontroversi di atas pentas.
Dek kerana itu, penganjur Future Sound Asia (FSA) mengambil tindakan tegas dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM11 juta di Mahkamah Tinggi United pada tahun lalu.
Dalam tuntutan itu, The 1975 terutama vokalis Matty Healy didakwa sengaja melanggar undang-undang Malaysia sekali gus menyebabkan festival itu dibatalkan.

Foto: Instagram
Bagaimana selepas enam bulan, kumpulan dari Britain itu didapati tidak bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami dek pembatalan Good Vibes Festival pada Julai 2023.
William Hansen selaku hakim menggugurkan dakwaan terhadap The 1975 dengan alasan tindakan mereka hanyalah buruk dari segi undang-undang. Tambahnya, tiada alasan kukuh untuk meneruskan perbicaraan itu.
William turut membenarkan fail saman dibuat terhadap FSA dan memerintahkan syarikat itu membayar kos guaman sebanyak RM557,224.
The 1975 Pamer Kelakuan Biadap
Reputasi baik Good Vibes Festival selama sepuluh tahun tercalar selepas kumpulan The 1975 terutamanya vokalisnya mencetuskan onar.
Sebelum membuat persembahan, wakil The 1975 telah pun memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mematuhi panduan dan peraturan yang ditetapkan.
Antara garis panduan membuat persembahan di atas pentas adalah larangan merokok, mengambil minuman keras, mengeluarkan kata-kata kesat, bercumbu, menanggalkan pakaian dan bercakap tentang isu agama serta politik.
Bagaimanapun kumpulan itu dilihat sengaja mahu menunjukkan tanda protes dengan memainkan senarai lagu berbeza. Bukan itu sahaja, Matty turut mengucup pemain bass Ross MacDonald dan mengutuk kerajaan berkenaan isu LGBTQ+.

Foto: Utusan
Matty juga sempat merosakkan kamera dron yang digunakan untuk merakam persembahan. Dia juga kelihatan mabuk dan merokok di atas pentas sebelum dihentikan oleh pihak penganjur.
Tiga minggu selepas kejadian, FSA mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan The 1975 dan berkata tindakan mereka mengakibatkan kerugian besar kepada penganjur.
Malah ia turut memberi kesan kepada artis dan perniagaan kecil tempatan yang bergantung pada festival itu untuk peluang kreatif dan mata pencarian mereka.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN
Acara muzik ditunggu-tunggu, Good Vibes Festival terus mencipta kejutan apabila dibatalkan sekali lagi pada tahun ini.
KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH
Dua minggu selepas tercetusnya kontroversi jelik di Good Vibes Festival 2023, penganjur Future Sound Asia mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan The 1975.
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC
Selepas insiden Good Vibes Festival, peminat muzik sekali lagi berdepan kekecewaan apabila konsert Lauv pula dibatalkan.
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI
Peminat muzik tanah air teruja menyambut kedatangan kumpulan Muse beberapa hari selepas insiden hitam yang dicetuskan The 1975.
MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023
Vokalis The 1975, Matty Healy luah rasa tidak puas hati selepas digam daripada membuat persembahan di negara ini.
THE KID LAROI UBATI KEKECEWAAN PEMINAT DENGAN ‘KONSERT’ PERCUMA
The Kid Laroi menukar lobi hotel menjadi pentas konsert selepas Good Vibes Festival 2023 yang hanya sempat berlangsung sehari dibatalkan.