10 GAYA PALING MENCURI PERHATIAN DI BRIT AWARDS 2025
Tanggal 2 Mac berlangsungnya malam anugerah muzik terbesar Britain iaitu Brit Awards 2025.
Diadakan di O2 Arena di London, karpet merah majlis anugerah ini diserikan dengan kehadiran bintang ternama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Brit Awards 2025 meraikan pencapaian cemerlang dalam muzik sepanjang tahun lalu.
Tahun 2024 merupakan tahun bertuah buat penyanyi dan penulis lagu Charli XCX. Pelantun 365 itu mendominasi kemenangan dengan membawa pulang lima trofi dalam satu malam, termasuk kategori album terbaik untuk Brat.
Sebelum pemenang diumumkan, barisan selebriti terlebih dahulu menghangatkan karpet merah dengan penampilan paling segak dan anggun. Lensa kamera tidak henti-henti merakam foto persalinan selebriti yang memukau kala mereka melewati karpet Brit Awards.
Antara bintang paling menyerlah malam itu termasuk Sabrina Carpenter yang muncul dalam gaun feminin berperincian labuci rona merah jambu. Millie Bobby Brown dan Jade Thirlwall juga tentunya tidak kalah bergaya dengan pilihan busana yang memukau mata.
Kebanyakan artis lelaki hadir dalam sut serba hitam namun ada juga mencuri perhatian dalam persalinan berwarna dan suntikan motif pada sut klasik seperti Ghetts.
Lihat gaya selebriti paling menyerlah di Brit Awards 2025
Millie Bobby Brown
Stormzy
Jorja Smith
Lenny Kravitz
Jade Thirlwall
Ghetts
Sabrina Carpenter
Jared Leto
Jourdan Dunn
Myles Smith
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 15 PALING SEGAK DI SAG AWARDS 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
25 PASANGAN ROMANTIS DI GOLDEN GLOBES 2025
Golden Globes Awards tahun ini menyaksikan pasangan Hollywood hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.