FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: EL MANDA ZUHAIRY Dandanan: YUSOF RUZAIMI Gambar: EDMUND LEE, Teks/Temubual: BATRISYIA FAISAL

Apa yang memberi inspirasi kepada anda sebagai pemuzik untuk mencipta karya anda sendiri?
Penulisan saya lebih diinspirasikan oleh pengalaman saya sendiri, pengalaman peribadi dan dari rakan-rakan sekeliling.
Apakah cara terbaik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal apabila bekerja sebagai pemuzik?
Untuk diri saya sendiri, saya banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan. Sudah tentu, tekanan sentiasa ada ketika bekerja sebagai seorang pemuzik. Jadi, cara saya untuk mengatasi tekanan itu ialah dengan meluangkan masa bersama rakan-rakan seperti bermain bola bersama. Saya tidak akan berseorangan kerana apabila berseorangan, saya akan berfikir terlalu banyak, jadi lebih baik bersama rakan-rakan.
Apakah projek atau perancangan masa depan untuk kerjaya anda?
Saya baru sahaja selesai pengambaran filem, bakal dilancarkan pada tahun ini. Saya juga sedang memulakan projek baharu, iaitu lagu raya.
Boleh cerita sedikit berkenaan lagu raya ini?
Lagu raya ini merupakan satu genre yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Jadi, lagu ini akan menampilkan seseorang bersama saya, dan masih dirahsiakan. Jadi, sila nantikan lagu raya dari saya!

Jika muzik anda mempunyai warna, apakah warna itu dan mengapa?
Saya rasa, hijau. Kerana saya sememangnya menyukai warna itu. Bagi saya, hijau lebih kepada warna alam semulajadi. Hijau juga merupakan warna yang tenang, kerana muzik saya lebih kepada ketenangan.
Apakah satu lagu dalam diskografi anda yang mempunyai makna peribadi paling mendalam bagi anda, dan apakah kisah di sebalik lagu itu?
Ada, iaitu antara lagu terbaru saya yang berjudul Terang Malam. Lagu ini lebih kepada pencarian saya tentang diri sendiri. Kerana selepas pemergian bapa saya, saya rasa seperti kehilangan diri sendiri. Jadi lagu ini sangat bersangkut paut dengan perasaan saya yang tiada tujuan selepas pemergiannya. Jadi dengan lagu ini, ia memberi sedikit semangat buat semua orang untuk bangkit. Sedih itu tidak mengapa, tetapi jangan terlalu lama.
Artikel berkaitan: FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











