Skip to content

SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR

SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR

Kongsikan artikel ini

Menjadi inspirasi buat gadis-gadis di media sosial untuk menghargai natural curl, Sharifah Areeqa rajin berkongsi tips kecantikkan rambutnya. 

Terkenal di media sosial dengan gaya rambut keritingnya Sharifah Areeqa atau The Girl With The Hair ini cukup menarik perhatian ramai. Gemar berkongsi tentang tips penjagaan rambut keriting, Areeqa diminati oleh ramai gadis dan jejaka di media sosial. Dengan wajahnya yang comel dan ayu, gadis berketurunan Arab ini juga sering dilihat menghadiri acara-acara fesyen di Malaysia. Mari kenali GL Girl Crush, Sharifah Areeqa dengan lebih dekat bersama GLAM Lelaki!

1. Sharifah Areeqa dalam 3 patah perkataan?

Berani, ceria dan funky.

2.Apakah perkembangan terkini Areeqa?

3.Ramai mengenali Areeqa sebagai seorang content creator. Apa lagi yang dilakukan oleh Areeqa, yang orang ramai perlu tahu?

Orang ramai patut tahu yang saya telah menemui minat baru iaitu berada di dapur dan membuat kuih. Saya tak terlalu war-warkan sangat kerana saya masih belajar, tapi ia memang sesuatu yang saya sangat suka dan ia sangat menyeronokkan! Buat masa ini, saya paling seronok buat banana pudding.

4.Siapakah girl crush and boy crush Areeqa?

Girl crush saya ialah Sofia Jamora dan boy crush saya ialah Nicholas Chaves. All time fav! 

5.Siapakah inspirasi Areeqa dalam hidup?

Ummi (ibu) saya. Beliau seorang usahawan yang berjaya atas usaha sendiri dan tak pernah perlukan bantuan untuk membina nama dan perniagaannya sendiri dalam industri kecantikan.

6.Red flags ketika temu janji pertama?

Apabila lelaki itu terlalu sibuk dengan telefon semasa tengah makan. Atau tidak mahu membayar bil dan ajak bayar secara berasingan. If ur broke don’t take me out to dinner bro just stay home HAHA. No offense tetapi bagi saya, itu ialah adab asas sebagai seorang lelaki gentleman.

7.Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?

Stalker… Saya pernah menghadapi seorang stalker selama 2 tahun kerana lelaki itu terlalu obses dengan saya. Ia menjadi kes polis kerana saya terpaksa hadapi dia ke rumah saya tanpa diundang.

8.Gambarkan lelaki idaman Areeqa?

Lelaki yang tenang, lembut dan lawak! Saya sangat sukakan lelaki yang kelakar dan baik hati, yang mengambil berat tentang orang lain serta keluarganya. If that man can make me laugh like no one is around, he can have my whole heart.

9. Satu fakta underrated mengenai penjagaan rambut?

PENJAGAAN KULIT KEPALA!! Untuk mempunyai rambut yang sihat, anda MESTI mempunyai kulit kepala yang sihat. Sesetengah orang beranggapan meletakkan minyak pada hujung rambut boleh membantu, tapi sebenarnya kecantikan rambut yang panjang, tebal dan sihat datang dari dalam diri kita sendiri.

10.Kamu rasa lelaki itu seksi bila…

Apabila dia kelakar dan tahu bila untuk diam HAHAHAHA . Saya juga suka apabila seorang lelaki itu pandai menari.

Pautan Berkaitan: “HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut

SAKTI GODAAN AIN EDRUCE

Bacaan Lanjut

KENALI THYLANE BLONDEAU, WANITA PALING CANTIK DI DUNIA 2018

Bacaan Lanjut

10 FAKTA MENARIK TENTANG CATRIONA GRAY, MISS UNIVERSE 2018 DARI FILIPINA

Bacaan Lanjut