8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM
Filem baru di pawagam bulan Mei 2025 bakal sarat dengan tayangan-tayangan yang variasi dan memberi impak dalam dunia perfileman.
Bulan Mei semestinya dipenuhi dengan filem-filem menarik yang patut ditontoni di pawagam. Dari tempatan hingga antarabangsa, filem bulan Mei 2025 semestinya tidak akan mengecewakan. Berikut ialah 8 filem bulan Mei 2025 yang wajib ditonton di pawagam! Daripada aksi mendebarkan, kisah inspirasi, hingga ke seram yang menyentuh emosi. Sama ada anda penggemar genre adiwira, kisah benar, mahupun drama keluarga, senarai filem bulan Mei 2025 ini pasti akan memberikan pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan. Jangan lepaskan peluang untuk merancang tontonan anda sepanjang bulan ini!
#1. Filem baru di pawagam: GAYONG
Tarikh: 8 Mei 2025
Pelakon: Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip, Yayan Ruhian, Takeda Hiromitsu, Eric Chen
Sinopsis: Gayong ialah sebuah filem yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Filem ini menggambarkan perjalanan ADMAR dalam mempertahankan maruah bangsanya di gelanggang pertandingan, dan seterusnya bangkit mempertahankan tanah air apabila ia diancam oleh penjajah
#2 Kulit Wayang
Tarikh: 1 Mei 2025
Pelakon: Fattah Amin, Pekin Ibrahim, Reynavenzka Deyandra, Jenna Kamaratih
Sinopsis: Kehidupan dalang terkenal Pok Lee musnah apabila anak perempuannya, Ayu, dibunuh dengan kejam. Walaupun penduduk kampung menyalahkan buaya liar dari paya, Pok Lee tidak akan berputus asa sehingga dia berjaya menjejak pembunuh sebenar anaknya.
#3 Filem baru di pawagam: Rumah Untuk Alie
Tarikh: 1 Mei 2025
Pelakon: Anantya Kirana, Rizky Hanggono, Dito Darmawan, Rafly Altama Putra
Sinopsis: Alie, anak bongsu daripada lima beradik dan satu-satunya anak perempuan, menerima hukuman atas kematian ibu mereka. Tubuh Alie penuh dengan luka akibat penderaan dan buli daripada ayah serta adik-beradiknya. Di sudut hati Alie, terpalit luka yang mendalam kerana cercaan dan hinaan daripada keluarganya sendiri. Namun, Alie tidak mampu membenci mereka. Alie hanya mengharapkan sedikit belas kasihan dan penerimaan daripada keluarganya.
#4 Thunderbolts
Tarikh: 2 Mei 2025
Pelakon: Florence Pugh, Rachel Weisz, Sebastian Stan, Olga Kurylenko, David Harbour, Wyatt Russell, Julia Louis-Dreyfus
Sinopsis: Marvel Studios menghimpunkan sebuah pasukan antihero yang luar biasa. Yelena Belova, Bucky Barnes, Red Guardian, Ghost, Taskmaster, dan John Walker. Selepas terperangkap dalam perangkap maut yang dipasang oleh Valentina Allegra de Fontaine, kumpulan yang telah dikhianati dan dipinggirkan ini terpaksa menjalankan misi berbahaya yang akan memaksa mereka berdepan dengan sudut paling gelap dalam masa lalu masing-masing.
#5 Filem baru di pawagam: Lil0 & Stitch
Tarikh: 23 Mei 2025
Pelakon: Maia Kealoha, Chris Sanders, Sydney Agudong, Zach Galifianakis, Billy Magnussen, Tia Carrere, Courtney B. Vance
Sinopsis: Stitch, satu eksperimen genetik makhluk asing yang haram melarikan diri dari penjaranya dan terus menuju ke planet Bumi. Di bumi, dia cuba menyamar sebagai seekor anjing. Keadaan berubah apabila Lilo mengambilnya sebagai haiwan peliharaan dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Filem yang berasal dari rancangan kartun ini sememangnya dinantikan.
#6 Final Destination: Bloodlines
Tarikh: 15 Mei 2025
Pelakon: Tony Todd, Brec Bassinger, Rya Kihlstedt
Sinopsis: Diburu mimpi ngeri yang ganas dan berulang, pelajar kolej Stefanie pulang ke kampung halamannya untuk mencari satu-satunya individu yang mungkin dapat memecahkan kitaran tersebut dan menyelamatkan keluarganya daripada kematian ngeri yang pasti menanti mereka semua.
#7 Filem baru di pawagam: Keluang Man
Tarikh: 29 Mei 2025
Pelakon: Nas Muammar Zar (Nas-T), Remy Ishak, Rosyam Nor, Amelia Henderson, Anwaar Beg Moghal, Sweta Sekhon, Dennis Yin, Halim Othman, Sham Sunder Binwani
Sinopsis: Keluang Man ialah sebuah siri animasi Malaysia yang digemari ramai. Ia mengikuti pengembaraan mendebarkan watak adiwira utamanya, Keluang Man. Nama sebenar Keluang Man ialah Borhan. Pada waktu siang, Borhan merupakan seorang pesakit biasa di sebuah hospital mental, namun apabila malam menjelma, beliau berubah menjadi Keluang Man, seorang vigilante bertemakan keluang (kelawar) yang membanteras jenayah dan melindungi bandar fiksyen Tumpoi.
#8 Filem baru di pawagam: Mission: Impossible The Final Reckoning
Tarikh: 17 Mei 2025
Pelakon: Tom Cruise, Hayley Atwell, Vanessa Kirby, Rebecca Ferguson, Pom Klementieff, Esai Morales, Simon Pegg, Ving Rhames
Sinopsis: Filem kelapan dalam francais penuh aksi “Mission: Impossible” yang mendebarkan akan menampilkan Tom Cruise kembali memegang watak ikonik Ethan Hunt. Dia disertai bersama beberapa watak lain dari filem-filem terdahulu yang turut kembali ke layar perak.
Artikel Berkaitan: 5 DRAMA LAKONAN ALVN YANG CEMERLANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.