RECAP GLAM LELAKI RESET: FESYEN TERBAIK SELEBRITI
Malam yang dinanti-nantikan untuk GLAM Lelaki yang berjaya menyatukan dunia fesyen dan gaya hidup maskulin dalam satu acara penuh prestij telah berlangsung dengan hebatnya. Menerusi artikel ini anda akan ketahui sorotan fesyen recap GLAM Lelaki Reset.
Dari selebriti tanah air hinggalah ke ikon gaya baharu, masing-masing hadir dengan stail tersendiri yang mencerminkan karakter dan cita rasa peribadi. Ada yang tampil sleek dalam sut moden serba hitam, dan ada juga yang berani bereksperimen dengan potongan, warna dan aksesori luar jangka. Inilah malam yang membuktikan bahawa lelaki Malaysia semakin berani dan yakin dalam mengangkat gaya.
RECAP GLAM LELAKI RESET: NEW ERA
Aura malam tersebut jelas terasa sebaik sahaja tetamu melangkah masuk ke ruang acara. Lensa kamera menangkap setiap butiran malam tersebut dari lapisan fabrik berkualiti tinggi hinggalah ke permainan siluet dan tekstur. Walaupun gaya berbeza-beza, satu perkara tetap konsisten adalah usaha setiap tetamu untuk tampil kemas, bergaya dan autentik.
Apa yang menarik, ramai yang memilih untuk menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan moden. Ada yang kekal minimal, namun tetap memberi impak melalui potongan tajam dan styling yang rapi. Tidak kurang juga yang memilih elemen street style atau edgy dengan twist peribadi yang menyerlahkan identiti masing-masing.
Penampilan selebriti lelaki pada malam itu turut menjadi rujukan gaya buat ramai. Ia bukan sekadar soal pakaian, tetapi bagaimana setiap look dipadankan dengan keyakinan diri. Daripada gaya formal hinggalah yang lebih eksperimental, malam itu menjadi bukti bahawa fesyen lelaki kini lebih terbuka, lebih berani dan lebih ekspresif.
Berikut adalah antara penampilan terbaik yang mencuri perhatian kami sepanjang malam GLAM Lelaki Reset berlangsung:
#1 Mierul Aiman

#2 Aniq Suhair

#3 Abu Shaef Hamza & Kel Wen

#4 Nadhir Nasar

#5 Angel Dolla

#6 Awal Ashaari

#7 Hael Husaini

#8 Nia Atasha

#9 Syamel

#10 Jack Gohr

ARTIKEL BERKAITAN: LIPUTAN ACARA: GLAM LELAKI RESET BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA MELANGKAH ERA BAHARU MASKULINITI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.
“CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.
Menjelang usia 30, Sharul Kamal tidak sekadar meraikan pencapaian, tetapi melihat muzik dan lakonan sebagai medium untuk menyampaikan rasa dan inspirasi.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.











