FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem.
Musim blockbuster kembali untuk bulan ini! Bulan Jun 2025 menjanjikan deretan filem menarik yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara. Daripada aksi mendebarkan, animasi menyentuh hati, sehinggalah kisah cinta dan komedi yang mencuit rasa. Inilah masa terbaik untuk para peminat filem menikmati tayangan di layar perak. Sama ada anda pencinta francais besar atau penggemar karya tempatan, senarai filem bulan ini pasti ada sesuatu untuk semua. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh filem anda patut tonton di pawagam sepanjang bulan Jun 2025 ini.
#1 How To Train Your Dragon
Tarikh: 7 Jun 2025
Pelakon: Julian Dennison, Gabriel Howell, Bronwyn James
Sebuah adaptasi aksi nyata dari filem animasi How to Train Your Dragon kini sedang dalam produksi, diarahkan oleh Dean DeBlois. Filem ini bakal menampilkan barisan pelakon termasuk Gerard Butler dan Nico Parker. Kisahnya mengisahkan seorang pemuda Viking yang bercita-cita untuk memburu naga, namun akhirnya berkawan dengan seekor naga muda.
#2 Martabat: Misi Berdarah
Tarikh: 12 Jun 2025
Pelakon: Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Michael Ang, Anas Ridzuan, Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nelissa Nizam
Sinopsis: Sekumpulan pelakon tambahan yang unik dan penuh gelagat sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal atau mendapatkan watak yang lebih besar di Malaysia. Sarat dengan aksi melampau, sindiran tajam, dan elemen emosi, ini merupakan debut pengarahan Zahiril Adzim. Ia juga dianggap sebagai sebuah penghormatan yang berani dan lucu kepada “pelakon tambahan” harian yang percaya merekalah watak utama sebenar.
#3 Komang
Tarikh: 5 Jun 2025
Pelakon: Aurora Ribero, Kiesha Alvaro, Cut Mini Theo
Sinopsis: Ode ialah seorang pemuda dari Buton yang jatuh cinta dengan Ade, seorang perantau dari Bali. Mereka bertemu di Sulawesi Tenggara dan mula menyulam cinta. Namun, cabaran yang mereka hadapi terlalu besar sehingga menjadi penghalang kepada hubungan mereka. Selain berdepan halangan daripada segi agama, hubungan mereka juga diuji oleh status sosial. Namun Ode tidak gentar sebagai seorang lelaki, dia nekad untuk membuktikan cintanya. Demi mengejar impian, Ode perlu berhijrah ke Jakarta. Bukti cinta daripada Raim Laode bukan sekadar kata-kata.
#4 Dangerous Animal
Tarikh: 19 Jun 2025
Pelakon: Hassie Harrison, Jai Courtney, Josh Heuston
Sinopsis: Apabila Zephyr, seorang surfer yang bijak dan bebas jiwa, diculik oleh seorang pembunuh bersiri yang taksub dengan jerung. Dia kemudian dikurung di atas botnya dan mesti mencari jalan untuk melarikan diri sebelum lelaki itu melaksanakan upacara pemujaan berdarah dengan menjadikannya umpan kepada jerung-jerung.
#5 F1
Tarikh: 27 Jun 2025
Pelakon: Brad Pitt, Kerry Condon, Javier Bardem
Sinopsis: Pada tahun 1990-an, Sonny Hayes merupakan pelumba Formula 1 yang paling hebat, sehinggalah satu kemalangan di litar hampir menamatkan kerjayanya. Tiga puluh tahun kemudian, pemilik sebuah pasukan Formula 1 yang sedang bergelut memujuk Sonny untuk kembali berlumba dan menjadi yang terbaik di dunia. Memandu bersama seorang pelumba muda berbakat dalam pasukan tersebut, Sonny segera menyedari bahawa jalan menuju penebusan bukanlah sesuatu yang boleh dilalui seorang diri
#6 Bride Hard
Tarikh: 20 Jun 2025
Pelakon: Rebel Wilson, Anna Camp, Anna Chlumsky
Sinopsis: Apabila sebuah kumpulan tentera upahan mengambil alih majlis perkahwinan mewah sebagai tebusan, mereka langsung tidak menyangka apa yang bakal menanti mereka. Pengapit kepada pengantin itu merupakan seorang ejen rahsia yang bersedia untuk menghujani neraka ke atas sesiapa sahaja yang berani merosakkan majlis perkahwinan sahabat baiknya sendiri.
#7 Kaiju No. 8: Mission Recon
Tarikh: 26 Jun 2025
Pelakon: Wataru Kato, Kengo Kawanishi, Asami Seto, Masaya Fukunishi
Sinopsis: Satu hari yang jarang berlaku di mana Pasukan Pertahanan dapat menikmati sedikit ketenangan, iaitu hari cuti. Selepas menghabiskan begitu banyak masa untuk latihan, Reno mula lupa apa yang sepatutnya dia lakukan pada hari cutinya. Dia mendapati Hoshina sedang melakukan sesuatu yang misteri pada hari cutinya sendiri, lalu Reno mengambil keputusan untuk mengekori Hoshina bersama Iharu. Namun, misi mengekori itu membawa mereka ke arah yang langsung tidak dijangka
Pautan Berkaitan: 8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
8 FILEM BULAN MEI 2025 UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM
Filem bulan Mei 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan tayangan-tayangan yang variasi dan memberi impak dalam dunia perfileman.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.