KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
PENYANYI RAP, KILLA DRIZ TELAH BEKERJASAMA DENGAN JOE FLIZZOE DAN SONAONE MENERUSI SINGLE BERJUDUL ‘LAST TIME’. BUAT MASA INI, KILLA DRIZ SUDAH ADA PERANCANGAN BESAR UNTUK KARIER MUZIK DAN MISINYA TIDAK LAIN UNTUK TERUS MENGUKUHKAN NAMA BAIK DALAM INDUSTRI MUZIK TEMPATAN DAN ANTARABANGSA.
BOLEHKAH ANDA KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN KE DALAM BIDANG MUZIK? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK BERMULA?
Perjalanan saya ke dalam bidang muzik sentiasa terasa indah walaupun ada kisah suka dan duka tetapi saya akan sentiasa menghargai bagaimana ia boleh bermula. Semasa membesar, persekitaran saya yang memainkan peranan besar. Kakak-kakak saya sentiasa mengikuti perkembangan muzik terkini, pop, rock dan pastinya hip hop. Datuk saya bermain piano dan ibu saya suka menyanyi. Dia sering membawa saya ke sesi karaoke, dan sudah tentu, saya akan melompat pada mana-mana bahagian rap yang muncul.
Saya masih ingat kali pertama saya melihat video muzik Jay-Z, ‘Empire State of Mind’ di carta MTV Top 20. Ketika itu saya berumur 10 tahun, and it completely blew my mind. Daripada stail kepada bunyi dan segala-galanya dalam video muzik itu. Sejak itu, ia membuatkan saya jatuh cinta dengan muzik hip hop. Kemudian, saya mula aktif bermain skate dan ia juga telah mencetus minat muzik hip hop. Dan rasa ingin tahu dalam muzik hip hop makin bertambah. Saya juga mula banyak menonton video skate dengan lagu rap. Sejak itu, saya akan mencari lagu dan memuatkannya ke dalam walkman saya supaya saya boleh mendengarnya sambil bermain skate.
Pada masa itu juga, saya dan kawan baik saya, Adiq banyak menghabiskan masa bersama. We both became full-on hip hop heads, always freestyling wherever we went.
Saya mula belajar rapping mengikut rentak dan merakam diri sendiri apabila saya banyak tinggal di rumah kerana saya cedera semasa bermain skate. Selama sebulan saya duduk di rumah dan berlatih rapping. Ada sesuatu tentang bagaimana rap boleh bercerita, bercakap benar dan masih berasa cool. Yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencubanya sendiri.
BAGAIMANAKAH ANDA HURAIKAN GAYA PERIBADI? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Bukanlah rahsia lagi bahawa hitam adalah warna kegemaran saya. Saya secara peribadi berpendapat gaya saya cenderung ke arah serba hitam dan minimal. Saya suka mencampurkan item klasik dengan elemen pakaian jalanan pada kebanyakan masa. Secara peribadi, gaya serba hitam tidak pernah salah dan ia terasa abadi.
ANDA MEMPUNYAI STAIL YANG ‘BERSIH’, MINIMAL DAN TERARAH ‘STREETWEAR’. BAGAIMANAKAH KILLA DRIZ SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN GAYA LELAKI MASA KINI?
Saya tidak bergitu ‘update’ dengan kebanyakan trend tetapi saya akui bahawa ia ada beberapa perkara menarik yang baharu dan saya suka dan cuba untuk memasukkan gaya saya tetapi saya tetap melayari IG, video muzik, melihat apa yang orang pakai dalam kehidupan sebenar. Saya memilih apa yang menarik minat saya dan menjadikannya milik saya.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TREND ATAU AKSESORI FESYEN YANG ANDA TERUJA PADA MASA INI?
Akhir-akhir ini saya banyak mencari barang kemas tetapi sejujurnya saya sangat memilih dengannya. Ada satu aksesori yang saya dapat daripada Eric “EK”. Dia menghadiahkan saya sekeping dan saya tidak boleh berhenti menggayakannya dengan hampir setiap outfit. Saya menyedari bahawa saya suka gaya memakai rantai yang minimal dan bukannya rantai besar. Selain itu, beberapa cincin baharu dan saya baru sahaja menemui kedai thrift yang menjual banyak cermin mata menarik. I’m already going insane with it.
BOLEHKAH ANDA KONGSI TENTANG KERJA/PROJEK YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Terdapat banyak projek yang tidak dapat dilupakan yang pernah saya usahakan, tetapi secara jujurnya dan ini bukanlah promos, tetapi kolaborasi terbaharu saya ‘Last Time’ dengan Joe Flizzow dan SoneOne menjadi salah satu projek yang mengujakan. I still remember that session like it was yesterday.
APAKAH NASIHAT YANG AKAN ANDA BERIKAN KEPADA PEMUZIK ATAU PENYANYI RAP BAHARU?
Belum lagi mahir memberi nasihat, saya masih fikir saya berada di tempat di mana saya mengumpul pengalaman sendiri. Tetapi, jika anda seorang penyanyi rap, haruslah bersungguh-sungguh dengannya dan ambillah seberapa masa untuk mencipta karya anda.
SIAPAKAH INSPIRASI GAYA ANDA?
Lowkey… Batman/Bruce Wayne. Semua hitam, bersih, misteri tetapi sentiasa membuat ‘statement’. Saya kadang-kadang terbayang jika saya masih muda (bukan jutawan) Bruce Wayne, hidup di alam semesta zaman kini dan bertanya kepada diri sendiri apa yang akan saya pakai? Haha.
PROJEK AKAN DATANG?
Saya mempunyai dua projek yang sedang saya usahakan. Satu ialah album studio pertama saya yang dijadualkan akan keluar sebelum akhir tahun. Dan saya juga mempunyai perniagaan baju secara sampingan yang saya usahakan dengan rakan kongsi saya iaitu Mike Faizi yang dipanggi “Motor Maniac”.
Artikel berkaitan: DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?
Untuk GL The Man Awards 2025, penerima Style's Choice bakal dipilih oleh pembaca GLAM Lelaki melalui undian, kenali 10 nominee ini!
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.