5 CARA EFEKTIF MENGHILANGKAN KULIT KUSAM UNTUK LELAKI
Ramai lelaki mengabaikan penjagaan kulit kerana menganggap ia hanya penting untuk wanita. Namun, hakikatnya, lelaki juga terdedah kepada masalah kulit kusam akibat sinaran UV, pencemaran, tekanan kerja, dan gaya hidup tidak sihat. Jika dibiarkan, kulit boleh menjadi kering, kasar dan kelihatan tidak bermaya.
Berikut adalah lima cara mudah dan berkesan untuk lelaki menghilangkan kulit kusam dan mendapatkan kulit yang lebih segar serta sihat.
Cuci muka dengan pencuci yang sesuai
Lelaki cenderung menghasilkan lebih banyak minyak pada wajah berbanding wanita, jadi penting untuk memilih pencuci muka yang boleh menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Waktu yang ideal ialah pagi dan malam. Untuk membuang kotoran, peluh dan sisa pencemaran yang boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan kulit nampak kusam.
Skrub muka sekurang-kurangnya seminggu sekali
Pengelupasan atau skrub membantu menanggalkan sel kulit mati yang membuatkan wajah kelihatan suram. Lelaki digalakkan untuk skrub muka 1–2 kali seminggu menggunakan produk yang tidak terlalu kasar. Ini membantu merangsang pertumbuhan sel baru dan menjadikan kulit lebih licin serta berseri.

Gunakan pelembap walaupun kulit berminyak
Ramai lelaki beranggapan bahawa mereka tidak perlu memakai pelembap, terutama jika mempunyai kulit berminyak. Ini adalah mitos. Kulit yang tidak cukup lembap boleh menjadi lebih berminyak dan mudah kusam. Gunakan pelembap ringan atau berasaskan gel yang sesuai dengan jenis kulit untuk memastikan kulit kekal hidrat dan sihat sepanjang hari.
Amalkan gaya hidup sihat
Tidur lewat, merokok, kurang minum air dan pemakanan tidak seimbang boleh menyumbang kepada kulit yang tidak bermaya. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 6–8 jam sehari), minum air secukupnya, dan makan lebih banyak buah serta sayur yang kaya dengan vitamin dan antioksidan untuk memperbaiki kesihatan kulit dari dalam.
Lindungi kulit dengan pelindung matahari (sunscreen)
Sinar UV bukan sahaja menyebabkan kulit menjadi gelap, malah mempercepatkan penuaan dan kekusaman. Gunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari, walaupun anda tidak bekerja di luar. Ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan mengekalkan kecerahan kulit.
Dengan hanya meluangkan beberapa minit setiap hari untuk penjagaan kulit, lelaki juga boleh tampil lebih yakin dengan kulit yang bersih, cerah dan sihat.
Gambar: Pinterest
Artikel berkaitan: 6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.











