COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
KAJIAN MENGATAKAN TERDAPAT KENAIKAN SEBANYAK 40 PERATUS PADA AROMA UNISEX YANG DIPERKENALKAN KEBELAKANGAN INI. COS MENGAMBIL KESEMPATAN INI, MELANCARKAN RANGKAIAN PEWANGI BUAT LELAKI YANG MAHU MENAMBAH PRODUK GROOMING PERIBADI.
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas. Dicipta di Grasse, Perancis, sebuah pusat tradisi parfum mewah dunia dengan menampilkan empat aroma uniseks yang ringkas tetapi elegan.

EMPAT PEWANGI COS PILIHAN GLAM LELAKI
- AUBURN
Gandingan nota vanila gelap, kayu, kardamom dan kopi mencipta suasana hangat dan mendalam; diibaratkan “smouldering flames” yang menawan. - MYTHE
Hasil campuran halia segar, kardamom hijau dan vetiver mewujudkan aroma yang kompleks, bersahaja dan penuh kesegaran. - FLEURISTE
Menyerupai suasana semerbak di kedai bunga. Gabungan bergamot, mandarin, mawar, magnolia, peony dan musk untuk sensasi segar dan feminin. - SOLAIRE
Aroma amber mineral yang hangat dengan rempah seperti olibanum. Hasilnya adalah aroma bold yang sensual.

Rekaan & Saiz
Hadir dalam saiz botol 100 ml dan edisi saiz kembara 15 ml, turut datang dalam set ‘discovery’ yang membolehkan anda mencampur lapisan aroma mengikut mood dan citarasa masing-masing. Rekaannya minimalis dan mematuhi gaya identiti COS yang bersih serta moden.
Kualiti Formulasi
Kesemua wangian ini mengandungi 20 peratus minyak wangi untuk ketahanan yang lebih lama, serta diperbuat daripada bahan semula jadi yang dipilih teliti oleh perumus terkenal seperti Sophie Labbé, Nathalie Lorson dan Llias Ermenidis.
COS Perfumery memperkenalkan aroma yang ringkas namun berprofil tinggi—dari nuansa hangat dan berdalam seperti Auburn, kepada haruman bunga manis dalam Fleuriste, serta pilihan segar dan amber dalam Mythe dan Solaire. Ideal untuk pencinta wangi yang menghargai estetika minimal, kualiti yang tahan lama, dan keselesaan penggunaan harian. Sememangnya, koleksi debut ini melengkapkan penampilan dan gaya hidup si pemakai dengan sentuhan mewah yang tak berlebihan.
Artikel berkaitan: NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.












