Skip to content

COSENTINO & LAMARSA SATUKAN REKA BENTUK DAN KOPI, CIPTA SUDUT BREW IDAMAN ANDA

COSENTINO DAN LAMARSA SATUKAN REKA BENTUK DAN KOPI, CIPTA SUDUT BREW IDAMAN ANDA

Kongsikan artikel ini

Jenama Cosentino dan Lamarsa berganding bahu berkongsi ilmu untuk mencipta sudut brew yang sempurna buat peminat kopi dan barista. 

Cosentino, peneraju global dalam permukaan inovatif untuk seni bina dan reka bentuk dalaman, telah menjalinkan kerjasama bersama Lamarsa, jenama peralatan kopi mewah. Mereka menganjurkan sesi reka bentuk dan kopi di bilik pameran Cosentino. Kolaborasi ini bertujuan memberi inspirasi kepada pencinta kopi, barista profesional dan pemilik kafe untuk mencipta sudut brew ideal, sama ada untuk kegunaan peribadi atau komersial. GLAM Lelaki akan kongsikan beberapa cara untuk cipta sudut brew idaman anda, berdasarkan kerjasama dua jenama ini.

cosentino lamarsa

“Di Cosentino, kami komited menawarkan permukaan yang tahan lasak serta mempunyai estetika luar biasa,” ujar Chong Hwa Foo, Pengurus Besar Cosentino Malaysia. “Kerjasama dengan Lamarsa, yang juga menekankan reka bentuk inovatif dan peralatan kopi berkualiti tinggi, membolehkan kami menunjukkan bagaimana reka bentuk yang teliti dapat meningkatkan pengalaman kopi di rumah mahupun dalam ruang komersial.” tambahnya lagi. “Sudut brew yang sempurna tidak lengkap tanpa kopi yang hebat,” kata Claudia Tan, Pengarah Lamarsa Malaysia. “Kami ingin memberi inspirasi kepada penggemar kopi dan profesional untuk menaik taraf sudut brew mereka dengan gabungan inovasi teknologi kopi terkini dan sentuhan reka bentuk yang menawan. Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Cosentino yang berkongsi nilai kualiti dan inovasi seperti kami.”

cosentino lamarsa

#1 Reka Bentuk untuk Fungsionaliti & Estetika

Reka bentuk sudut kopi yang ideal menetapkan nada bagi keseluruhan pengalaman kopi, sama ada di rumah atau di kafe. Walaupun objektif berbeza antara dua jenis ruang ini, prinsip asas reka bentuk tetap konsisten. Pereka dalaman Leonard Mak, pengasas LM Studio, berkongsi pandangannya mengenai penciptaan sudut brew yang efisien dan bergaya. Bagi Leonard, prinsip utama dalam reka bentuk sudut brew adalah “reka bentuk yang baik perlu memudahkan cara kita bekerja.”

Ruang tersebut perlu intuitif, berfungsi dan mudah digunakan. Leonard turut mengetengahkan cabaran biasa yang dihadapi oleh barista dan pencinta kopi rumah, khususnya dalam pemilihan permukaan kaunter. Permukaan yang tahan kotoran dan mudah dibersihkan amat penting. Beliau mencadangkan penggunaan permukaan Dekton oleh Cosentino. Leonard telah menguji sendiri dengan bahan-bahan degil seperti serbuk kunyit, wain dan sos tomato. Permukaan ini terbukti menangkis kotorandan mudah dibersihkan walaupun dengan tumpahan kopi yang kuat.

cosentino lamarsa

#2 Ergonomik & Pencahayaan 

Selain permukaan, Leonard menegaskan kepentingan aspek ergonomik. “Ketinggian kaunter adalah perkara penting,” katanya. “Menghabiskan masa lama bekerja di kaunter yang tidak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan atau sakit belakang, lebih-lebih lagi buat barista profesional.” Beliau juga menekankan peranan pencahayaan dalam sudut kopi. “Ramai tidak sedar betapa pentingnya pencahayaan. Pencahayaan yang tidak sesuai boleh menyebabkan silau atau bayang-bayang, menyukarkan proses membancuh atau membersih,” jelasnya. Sama seperti ergonomik, pencahayaan memainkan peranan besar dalam keselesaan dan fungsi ruang.

cosentino lamarsa

#3 Pandangan Seorang Juara Dunia Barista

Pandangan Leonard turut disokong oleh Shaun Liew, pengasas bersama ONO Specialty Coffee & Matcha serta Curated Coffee Roasters, yang juga seorang barista bertaraf dunia. “Dekton adalah salah satu permukaan pilihan utama saya dan saya amat mengesyorkannya,” ujar Shaun. “Sebagai seorang barista dan pemilik kafe, saya perlukan bahan yang tahan lasak untuk operasi harian. Dari menyokong mesin kopi berat, menahan haba, tumpahan dan calar, permukaan itu perlu berfungsi. Dengan Dekton, saya boleh menyediakan, memotong dan menuang terus di atas permukaan tanpa risau.” Shaun turut menyifatkan permukaan Cosentino sebagai gabungan sempurna antara kecantikan, ketahanan dan fungsi. Bagi pemilik kafe, adalah penting memilih permukaan yang bukan sahaja tahan digunakan setiap hari, tetapi juga melengkapi gaya dan suasana keseluruhan premis.

cosentino lamarsa

#4 Demonstrasi Kopi & Minuman Ikonik

Shaun turut berkongsi peralatan kopi pilihan beliau, La Marzocco Linea Mini Espresso Machine untuk kegunaan komersial dan La Marzocco Linea Micra untuk kegunaan rumah. Kedua-duanya dibekalkan oleh Lamarsa dan selari dengan nilai kelestarian yang turut dipegang oleh Cosentino. Dalam sesi tersebut, beliau mendemonstrasikan proses penyediaan kopi menggunakan mesin La Marzocco bersama pengisar kopi La Marzocco Pico dan Mahlkonig X64SD. Semuanya disusun rapi di atas permukaan Dekton.

coffee

Tetamu yang hadir turut diberi peluang menikmati pelbagai minuman kopi termasuk menu khas “Summer Paradise”, sebuah mocktail kopi menyegarkan yang menggabungkan espresso pekat, jus limau nipis, mangga tropika dan sirap buah markisa, diakhiri dengan soda berkarbonat. Ia merupakan lambang keseimbangan antara rasa eksotik dan sentuhan moden.

coffee

Pautan berkaitan: FITNESS LELAKI 2025: AKTIVITI LASAK JADI GAYA HIDUP SIHAT

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
hari raya aidilfitri

3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH

Bacaan Lanjut
Nespresso Chiara Ferragni

IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI

Bacaan Lanjut

KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA

Bacaan Lanjut