GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 kembali meraikan kecantikan dan kelas fesyen tempatan, namun persoalannya, adakah gaya selebriti di KLFW 2025 kali ini ‘hit’ atau sekadar ‘miss’?
#IZARA AISHAH
Izara Aishah tampil memukau dalam busana serba perak metalik, jubah labuh eksklusif dengan seluar palazo mewah dan tudung satin kemas menjadikan beliau antara figura paling menonjol dan tetap memelihara kesopanan. Glamor futuristik sambil kekal sopan.
#FAZURA
Fazura menyerlah anggun dalam persalinan Perahu Kertas oleh Hatta Dolmat, top putih berpotongan elegan dengan perincian lipatan origami yang halus. ‘Workmanship’ dari Hatta dan tudung chiffon lembut melengkapkan aura mewah nan bersahaja, menjadikan beliau antara tumpuan utama malam itu. Anggun klasik dengan nafas moden.
#ANDY TEH
Andy Teh mencuri perhatian di pentas Behati KLFW 2025, memakai persalinan kontemporari penuh karakter. Potongan moden dengan sentuhan halus songket Melayu yang disulami ke kain seolah membisikkan ‘tradisi bertemu masa hadapan’. Gaya moden + elemen warisan = persona maskulin dengan jiwa Malaysia.
#RIZAL RASID (Alphaofficialmy)
Rizal Rasid memikat di pentas KLFW 2025 dengan persalinan serba hitam yang effortlessly cool. Kemeja hitam bersih dipadankan dengan t-shirt hitam, digayakan bersama aksesori yang ringkas namun berani. Simbiosis klasik dan kontemporari.
#FATTAH AMIN
Fattah Amin mencuri tumpuan dalam sut putih klasik berlapel oleh Rizman Ruzaini. Potongan rapi dan warna putih yang melambangkan keanggunan timeless. Dipadu dengan ‘turtleneck’ hitam dan aksesori minimalis, penampilan beliau memancarkan aura gentleman kontemporari: bersih, berisi gaya, dan kekal relaven.
#ANUAR ZAIN
Anuar Zain dalam persalinan serba putih, kemeja polos dengan lipatan pleated halus, dipadu dengan seluar slack oleh Rizman Ruzaini. Sempurna antara minimalisme bersih dan keanggunan terperinci—gentleman Malaysia dengan aura yang tenang tetapi tak terlupakan.
Daripada penampilan yang memukau hingga eksperimen gaya yang mencuri perhatian, KLFW 2025 sekali lagi membuktikan bahawa pentas ini bukan sekadar meraikan fesyen, tetapi juga keberanian dan kreativiti setiap figura yang melangkah. Sama ada hit atau miss di mata penonton, setiap gaya membawa cerita dan identiti tersendiri menjadikan KLFW terus relevan sebagai medan inspirasi fesyen tempatan.
Artikel Berkaitan: RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 SEBAB MENGAPA GROOMING PENTING BUAT LELAKI
Grooming merupakan perkara yang amat penting buat lelaki yang ingin menjaga peribadi dan rupa diri di hadapan orang ramai.
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.
KLFW 25 ‘RECAPS’: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25
Sorotan penuh KLFW 2025 dengan trend fesyen terkini dari warisan moden hingga streetwear avant-garde, lihat gaya paling hangat di pentas.
7 ACARA DI KUALA LUMPUR HUJUNG MINGGU INI
Hujung minggu di Kuala Lumpur akan sentiasa dipenuhi dengan acara-acara menarik buat peminat konsert, makanan mahupun seni.
50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.
Oakley menghimpunkan atlet dan bakat ikonik Malaysia di ‘The Bunker' bagi memperingati legasi dalam sukan dan budaya.
RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI
Raja Irfan antara pereka fesyen generasi baharu yang cukup berpotensi. Koleksinya bertumpu pada rekaan wanita. Maybe menswear soon?