JAZMY JUMA, 7 FAKTA TENTANG WAJAH KACAK DAN BERBAKAT INI
Jazmy Juma, bukanlah nama yang asing dalam dunia lakonan. Wajahnya sering terpapar di drama-drama kesukaan ramai sejak dua menjak ini.
Nama Jazmy Juma kini semakin meniti di bibir peminat drama tempatan, terutamanya selepas lakonannya sebagai Nadim Eijaz dalam drama Hilang Dalam Rindu. Wajah kacak, bakat yang versatil serta personaliti yang mudah didekati menjadikan Jazmy antara pelakon muda yang wajar diberi perhatian. Setiap drama lakonannya menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi di platform media sosial seperti TikTok. Namun, masih ramai ingin tahu tentang pelakon yang sedang meningkat ini. GLAM Lelaki akan kongsikan tujuh fakta mengenai Jazmy Juma untuk kita kenali bersama.
#1 Anak Kelahiran Perak
Jazmy dilahirkan di Perak pada 20 Mac 1998. Menariknya, dia juga mempunyai darah kacukan Pakistan dan Melayu yang mewarisi ketampanan semula jadinya.
#2 Finalis Hero Remaja Musim Ke-10 (2020)
Pada tahun 2020, Jazmy menyertai pencarian Hero Remaja musim ke-10. Bersamanya, nama-nama besar seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Hazeeq Dean, Imran Aqil, dan Aniq Suhair. Jazmy berjaya mara sehingga ke peringkat finalis, sekaligus membuka laluan buatnya ke dalam dunia hiburan.
#3 Mempunyai Diploma Dalam Bidang Binaan & Pembangunan
Meskipun kini serius menceburi bidang seni, Jazmy sebenarnya berkelulusan Diploma dalam bidang Binaan & Pembangunan. Ini merupakan bukti bahawa dia bukan sahaja berbakat di pentas seni, malah mempunyai latar akademik yang kukuh.
#4 Kemunculan Sulung Pada Tahun 2021
Selepas tamatnya Hero Remaja, Jazmy membuat kemunculan sulung dalam drama Marry Me Senorita pada tahun 2021. Bersamanya, drama ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.
#5 Filem Pertama Pada Tahun 2023
Nama Jazmy semakin dikenali apabila dia melangkah ke layar perak dengan filem pertamanya, Pulau pada tahun 2023. Kemunculan ini membuktikan keberaniannya untuk mengembangkan bakat ke pelbagai platform.
#6 Drama-Drama Terkenal Bersama Pelakon Wanita Malaysia
Walaupun sudah berlakon sejak tahun 2021, Jazmy kini sangat dikenali dengan tiga watak utamanya iaitu Nuh dari Nuh & Nayla gandingan bersama Scha Elinnia, Nazim Hilman dari Calon Isteri Buat Suami bersama Siti Hariessa dan Nadim Eijaz dalam Hilang Dalam Rindu, bersama Tracie Sinidol. Gandingan antara Jazmy Juma dan pasangan wanita dalam setiap drama memberi impak yang besar. Ini membuktikan bakat lakonan Jazmy yang mempunyai chemistry kuat bersama pasangan lakonannya.
#7 Pengeluaran Lagu Pertama
Tidak hanya berbakat dalam bidang lakonan, Jazmy turut mempunyai sisi kreatif sebagai penyanyi dan penulis lagu. Pada tahun 2024, dia melancarkan single pertamanya berjudul Gelora, hasil penulisannya sendiri.
Pautan berkaitan: AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM
Ketahui beberapa perkara mengenai pelakon Firdaus Karim yang memegang watak Ustaz Irfan dalam Doa Yang Terlindung.
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU
Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
GLAM LELAKI FEBRUARI 2026, BERSAMA AKTOR GENERASI BAHARU JAZMY JUMA
GLAM Lelaki menampilkan pelakon generasi baharu yang semakin mencuri perhatian, Jazmy Juma untuk cover Februari 2026. Dia meraih perhatian menerusi Hilang Dalam Rindu dan akan muncul dalam beberapa drama baharu sepanjang 2026.
5 PELAKON WANITA YANG PERNAH BERGANDING BERSAMA JAZMY JUMA
Barisan pelakon wanita hebat di Malaysia ini pernah dan bakal berganding bersama Jazmy Juma dalam drama-drama lakonannya.











