BMW X3 TERBAHARU: GAYA, KUASA DAN INOVASI TERKINI
BMW sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam segmen kenderaan premium dengan pelancaran generasi keempat BMW X3 terbaharu. Model baharu ini tampil dengan bahasa rekaan serba moden yang menekankan garis tegas. Permukaan luas, serta proporsi sporty yang menjadikannya lebih berani dan berkarisma. Gril kidney ikonik kini hadir dengan struktur baharu dan pencahayaan kontur “Iconic Glow”, manakala lampu hadapan LED berbentuk-L memberi identiti visual lebih dinamik.
The new BMW X3.
Bahagian kabin pula menampilkan suasana premium dengan sentuhan moden skrin BMW Curved Display, Interaction Bar interaktif, stereng bawah rata, serta kemasan Econeer mesra alam. Ruang dalaman yang luas menawarkan fleksibiliti hebat, dengan kapasiti but sehingga 1,700 liter. Pilihan upholsteri termasuk Veganza dan kulit Merino Individual. Manakala panel instrumen Luxury daripada polyester kitar semula menjadikan X3 sebagai simbol gaya hidup kontemporari yang elegan.
Dari segi kuasa, barisan enjin BMW X3 kali ini lebih pelbagai. Varian X3 30e xDrive plug-in hybrid menampilkan gabungan enjin petrol 2.0 liter dengan motor elektrik generasi terkini. Memberikan jarak pemanduan elektrik sehingga 90 km WLTP, jauh lebih efisien berbanding model sebelumnya. Untuk prestasi maksimum, varian X3 M50 xDrive M Performance hadir dengan enjin 6-silinder. Berkuasa 398 hp, pecutan 0–100 km/j hanya dalam 4.6 saat, serta sistem suspensi M Sport yang direka khusus untuk pengendalian dinamik.
Kesemua varian X3 kini menggunakan transmisi Steptronic lapan kelajuan dengan teknologi mild hybrid 48V. Memberikan tindak balas lebih pantas serta kecekapan bahan api yang lebih baik. Dari enjin petrol hingga diesel, semua model dipadankan dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive, menjamin kawalan optimum di pelbagai keadaan jalan.
BMW X3 generasi baharu bukan sekadar SUV, tetapi sebuah simbol evolusi menggabungkan prestasi, kemewahan dan kelestarian. Dengan rekaan lebih berani, teknologi digital canggih, serta pilihan enjin elektrifikasi, X3 ini bersedia meneruskan legasi sebagai antara model paling laris dalam sejarah BMW.
BMW X3 Baharu: Ketangkasan & Keselesaan Dalam Satu Pakej
Generasi terbaharu BMW X3 tampil dengan pemanduan lebih lincah, kestabilan lebih baik ketika membelok, serta keselesaan jarak jauh yang dipertingkat. Dengan rekaan badan lebih ringan namun teguh, casis ditala khusus, serta teknologi canggih seperti near-actuator wheel slip limitation dan brek bersepadu, pengalaman memandu menjadi lebih responsif dan selesa. Bagi yang mahukan prestasi maksimum, opsyen M Sport suspension dan adaptive suspensionsedia menambah dinamik tanpa mengorbankan keselesaan.
Artikel Berkaitan: BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua skuter premium dalam segmen Mobiliti Urban iaitu BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu.
BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU
BMW Malaysia membariskan BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, dua varian BMW 5 Series baharu yang dipasang secara domestik di Malaysia.
SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI
MINI Malaysia memperkenalkan generasi MINI Electric yang dikuasakan 100 peratus oleh elektrik untuk menyempurnakan gaya hidup moden MINIacs.
Mencabar Sempadan Bersama BMW R 1250 RT
BMW Motorrad Malaysia melancarkan jentera baharu, BMW R 1250 RT sebagai ahli terkini dalam generasi portfolio motosikal penjelajahan dinamik di Malaysia.
BMW F 850 GS: Edisi Ulang Tahun Ke-40
BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan motosikal kembara baharu, BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” dengan edisi ulang tahun model jelajah klasik eksklusif buat peminat motosikal di Malaysia.
SUSUK SEGAR KOMPAK SAV BMW X1
Menyingkap tirai tahun 2020, BMW Malaysia mempersembahkan nuansa kelasakan yang diperbaharui dalam rangkaian BMW X yang dipasang di dalam Malaysia.