Skip to content

gabriel prince indonesia

6 PERKARA TENTANG INFLUENCER DARI JAKARTA, INDONESIA, GABRIEL PRINCE

Kongsikan artikel ini

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, ramai wajah baharu muncul sebagai ikon generasi muda. Salah seorang figura yang semakin mencuri perhatian ialah Gabriel Prince, influencer dan bintang media sosial dari Jakarta, Indonesia. Dengan rupa paras kacak, bakat pelbagai dan personaliti yang disenangi ramai, Gabriel menjadi inspirasi kepada jutaan pengikutnya.

Berikut adalah 6 perkara menarik tentang anak muda yang kian mendapat perhatian ini. 

#1 Bermula sebagai penyanyi dan pelakon

Gabriel Prince mula dikenali ramai apabila dia aktif sebagai penyanyi dan pelakon remaja. Dia menyertai pelbagai projek hiburan tempatan yang membantu melonjakkan namanya di Indonesia. Vokalnya yang merdu dan wajah “boy next door” menjadikan dia cepat disukai, terutama dalam kalangan remaja.

#2 Wajah popular di media sosial

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabriel Prince (@phrrince)

Dengan jutaan pengikut di Instagram, TikTok dan YouTube, Gabriel Prince merupakan antara influencer lelaki yang paling berpengaruh di Indonesia. Dia sering berkongsi kandungan berkaitan gaya hidup, fesyen, muzik dan aktiviti harian. Menjadikannya relatable serta dekat di hati peminat.

#3 Gaya fesyen yang trendy 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabriel Prince (@phrrince)

Salah satu kekuatan Gabriel adalah gayanya yang segar dan mengikuti trend. Sama ada tampil kasual, streetwear atau formal, Gabriel sentiasa tampil kemas dan bergaya. Ini menjadikannya inspirasi fesyen dalam kalangan Gen Z yang mengutamakan penampilan unik dan ekspresif. Disebabkan itu, Gabriel mula menghadiri acara fesyen di Jakarta juga di luar negara. Baru-baru ini membuat penampilan di acara pelancaran haruman POLO Ralph Lauren di Singapura. 

#4 Mempunyai darah keturunan campuran

Ramai yang tertarik dengan penampilan Gabriel kerana ciri wajahnya yang unik. Dia mempunyai keturunan campuran Indonesia dan Tionghoa, yang memberi kelebihan dari segi penampilan dan juga daya tarik di peringkat serantau.

#5 Bercita-cita menembusi industri antarabangsa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gabriel Prince (@phrrince)

Walaupun namanya sudah kukuh di Indonesia, Gabriel Prince bercita-cita untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa. Dia giat belajar bahasa asing dan membina rangkaian kerjaya merentas negara Asia, termasuk Malaysia dan Korea Selatan. Banyak acara yang diadakan di negara Asia lain yang pernah dihadiri Gabriel. Dia juga pernah merakam ‘content’ bersama influencer Malaysia, Leona. 

#6 Berkawan baik dengan Jack Ghor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jack Gohr (@jackgohr)

Sejak perkenalan Gabriel dengan Jack di salah satu acara, mereka berdua diperhatikan semakin rapat. Dan baru-baru ini bercuti bersama di Bali dan berkongsi momen bersama melalui satu posting di Instagram.

Artikel berkaitan: 6 PERKARA TENTANG ‘INFLUENCER’ POPULAR KASIH IRIS LEONA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

afgan glam lelaki

5 LAGU ERA BAHARU AFGAN YANG ‘BEST’ DIDENGAR

Bacaan Lanjut

“PRIVACY IS A LUXURY” – REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut