Skip to content

TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!

TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!

Kongsikan artikel ini

Pelakon, penerbit, bapa dan kini content creator, Que Haidar kembali tular di media sosial dengan kehadirannya sekarang. 

Que Haidar merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit, penulis skrip dan pengarah terkenal di Malaysia. Beliau memulakan perjalanan seninya melalui teater selepas menamatkan pengajian di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebelum melangkah ke dunia lakonan. Penampilan sulungnya di televisyen ialah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali yang diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001, ketika beliau berusia 23 tahun. Dalam drama tersebut, Que bergandingan dengan Amy Mastura dan Rita Rudaini, sekali gus membuka jalan untuknya dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Pada tahun 2010, Que Haidar mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan selepas berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine, kini sudah bercerai. Mereka dikurniakan 2 anak yang terkenal dengan wajah unik dan cantik mereka. Walaupun keputusan itu mengecewakan peminat dan rakan industri, beliau nekad untuk menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dan pendidikan. Pada tahun 2012, Que kembali ke dunia seni dengan lebih selektif terhadap watak yang diterima, dan beberapa karyanya seperti Lagenda Budak Setan, Rock Oo! (2013), serta drama Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi mendapat sambutan baik.

Kini, Que Haidar sudah mula aktif di media sosial dengan kandungan-kandungan gaya hidup menjadikan namanya naik semula. Salah satu videonya di TikTok tular hingga mencecah 6.8 juta tontonan. GLAM Lelaki senaraikan 5 filem lakonan hebat Que Haidar, agar anda boleh binge-watch semula!

@quehaidar

Jamilah 🤪

♬ suara asli – Lagu Kenangan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Megat (@megattttttt)

#1 Lagenda Budak Setan

Dalam filem terkenal Lagenda Budak Setan, Que Haidar memegang watak Azmi,  watak antagonis yang dikuasai oleh ego dan cemburu buta. Dia sanggup memanipulasi Ayu (Lisa Suarihani) dan ibunya demi memiliki cinta yang tidak lagi tulus. Sikap panas baran dan keganasannya membawa kepada penderitaan serta kemusnahan hidup Ayu. Akhirnya, Azmi menjadi simbol lelaki yang tewas oleh kesilapan sendiri dan hidup dalam penyesalan.

#2 Zombi Kampung Pisang

Filem komedi seram yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, Zombi Kampung Pisang turut dilakonkan oleh Que Haidar. Kampung Pisang yang pada asalnya aman tiba-tiba bertukar menjadi tempat penuh kekacauan selepas kematian misteri Pak Abu. Satu demi satu penduduk menjadi mangsa hingga muncul serangan zombi yang menakutkan seluruh kampung. Kekeliruan dan ketakutan menyelubungi semua apabila mereka berusaha menyelamatkan diri. Peristiwa ini menunjukkan bagaimana suasana damai boleh bertukar menjadi huru-hara akibat kejadian luar jangka.

#3 Rock Oo!

Merupakan sekuel kepada filem Rock, Rock Oo! ialah sebuah filem komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim. Watak lakonan Que Haidar, Amy Mat Piah ialah watak yang melambangkan ketabahan dan kesetiaan terhadap dunia muzik rock walaupun melalui pelbagai kejatuhan dan kekecewaan. Setelah disingkirkan dari Rimba Bara, dia tetap menyimpan semangat dan cinta terhadap kumpulan itu. Akhirnya, Amy menjadi simbol semangat sejati seorang rocker yang terus setia pada muzik dan persahabatan walaupun zaman kegemilangan rock berakhir.

undefined

#4 Castello

Ditayangkan pada tahun 2006, Castello merupakan filem aksi yang dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Que Haidar, Erra Fazira dan Liyana Jasmay. Filem Castello menggambarkan seorang bapa yang hancur oleh kesilapan lalu dan penyesalan mendalam. Niatnya untuk mencari kehidupan lebih baik akhirnya memusnahkan keluarganya sendiri. Selepas kehilangan isteri dan mengetahui penderitaan anaknya, Castello (Rosyam Nor) berubah menjadi simbol dendam dan keputusasaan. Membawa watak antoganis,lakonan Que Haidar membuatkan ramai membencinya dalam filem ini.

#5 Ophilia

Ophilia merupakan filem skinhead pertama di Malaysia, ditayangkan pada tahun 2014. Que Haidar memegang watak Ozzi Gandum, seorang yang setia, banyak berkorban dan kasih terhadap sahabat serta keluarganya. Walaupun terlibat dalam dunia gelap, tindakannya banyak didorong oleh niat untuk melindungi orang tersayang. Dalam saat genting, dia tetap berpegang pada nilai persahabatan dan keberanian hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya.

que haidar filem

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Bacaan Lanjut