KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Ada ritma tersendiri yang menjadikan kita orang Malaysia. Ritma yang hidup dalam cara kita membawa akar budaya ke masa kini. Menggabungkan yang lama dan baharu dalam satu alunan harmoni. Dan ritma inilah yang terus diraikan oleh Kapten Batik dengan pembukaan butik utama terbarunya di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
Diasaskan pada tahun 2017 oleh Farhan Omar dan Ekram Faiz, jenama ini bermula dengan satu kepercayaan mudah: bahawa batik bukan sekadar busana untuk acara rasmi, tetapi juga pakaian seharian yang moden dan penuh jiwa tempatan.

Majlis pembukaan butik utama Kapten Batik di The Gardens Mall turut diserikan dengan kehadiran YAM Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, puteri kedua kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor ke-9. Dikenali sebagai seorang tokoh yang aktif dalam advokasi kelestarian, gaya hidup sihat dan kerja amal, kehadiran YAM Tengku Zatashah menyerikan lagi acara tersebut dengan pesona dan karisma tersendiri sekali gus merasmikan pembukaan butik utama Kapten Batik.
RUANG YANG MENGGAMBAR JIWA
Butik utama di The Gardens Mall bukan sekadar ruang beli-belah namum ia menyajikan pengalaman yang menarik untuk para pengunjung. Dihasilkan bersama Matthew Lim Associates (MLA), butik ini direka dengan konsep perjalanan emosi dan aliran yang tenang. Setiap sudut memperlihatkan lapisan cerita Kapten Batik daripada penemuan, penghargaan sehinggalah kepada ekspresi peribadi.
Dengan pencahayaan lembut, tekstur dinding yang hangat, dan susunan koleksi yang terancang, ruang ini menjadi tempat untuk para penggemar batik moden.
BAB BAHARU KAPTEN BATIK
Pembukaan butik utama ini menandakan fasa baharu buat Kapten Batik. Malah simbol pertumbuhan, arah tujuan dan misi berterusan untuk mentakrif semula reka bentuk Malaysia di pentas global. Setiap rekaan, corak dan jahitan dalam busana mereka yang membawa gaya yang tersendiri. Membuktikan bahawa warisan bukan hanya untuk disimpan, tetapi untuk terus hidup indah dalam masa kini.
Artikel Berkaitan: 5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA
Kenali 5 jenama Malaysian skincare yang semakin mencuri perhatian, daripada Tatagaltier, Kayman Beauty, SkynFyx, Safi hingga Good Virtues Co.
NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA
Nazifi Nasri tampil dengan gaya minimalis dan moden, bahawa identiti serta bakat tempatan mampu mencipta statement dalam dunia fesyen.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.














