7 TABIAT LELAKI MODEN UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT MASA KINI
Sempena Hari Lelaki Sedunia, kita tidak hanya meraikan lelaki dan pencapaian mereka, tetapi juga menyorot perjalanan ke arah versi diri yang lebih sihat, lebih stabil dan lebih seimbang. Lelaki masa kini semakin memahami bahawa kejayaan tidak bermakna apa-apa tanpa kesihatan fizikal, mental dan emosi yang kukuh.
Dalam era serba pantas ini, lelaki moden mengubah definisi maskuliniti: bukan lagi tentang “sasa” dan “kuat”, tetapi tentang bagaimana mereka menjaga diri. Berikut 7 tabiat utama yang menjadi ritual lelaki hari ini sebagai langkah kecil untuk hidup lebih sihat.
1. Memilih Pemakanan Yang Lebih Seimbang
Semakin ramai lelaki sedar bahawa tenaga, fokus dan mood harian bermula dari pinggan makan.
Diet tinggi protein, sayuran hijau, whole grains dan hidrasi mencukupi kini menjadi asas kesejahteraan.
Tip GLAM Lelaki: Kurangkan gula tambahan, elakkan makan lewat malam dan utamakan makanan sebenar, bukannya makanan segera.

2. Mengamalkan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten
Tidak perlu tubuh sasa seperti “gym bro”. Tetapi apa yang penting adalah konsisten. Ramai lelaki moden memilih aktiviti mudah seperti berlari, brisk walk, hiking atau home workout. Pergerakan kecil setiap hari sudah cukup memberikan stamina lebih baik dan minda lebih stabil.

3. Mengutamakan Rehat & Tidur Berkualiti
Tidur tidak bermaksud untuk terus bermalasan dan bermewahan. Ia merupakan satu keperluan. Lelaki moden semakin memahami bahawa tidur 6–8 jam membantu untuk stabilkan hormon, meningkatkan fokus dan memperbaiki sel-sel kulit mati. Tidur yang baik dan berkualiti adalah salah satu bentuk self-care paling asas bagi setiap individu.

4. Menjaga Kesihatan Mental Tanpa Rasa Malu
Salah satu perubahan terbesar dalam generasi ini ialah “keterbukaan” lelaki untuk bercakap tentang tekanan, anxiety, burnout atau overthinking. Terapi, journaling, meditasi ringkas atau sekadar bercakap dengan rakan dipercayai bukan lagi dilihat. memiliki satu hobi untuk meluangkan masa bersama diri sendri ataupun ‘Me Time’ juga perlu bagi lelaki tidak hanya khusus untuk kaum wanita sahaja.

5. Lebih Fokus Pada Grooming & Penjagaan Diri
Penampilan kemas memberikan anda perasaan yakin diri yang tinggi. Grooming dan penjagaan diri adalah khusus dan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Antara ritual moden lelaki adalah:
• skincare asas (cleanser, moisturizer, sunscreen)
• potongan rambut teratur
• bercukur dengan teknik yang betul
• memilih wangian yang sesuai personaliti diri sendiri
6. Digital Detox & Mengurus Masa Layar
Lelaki moden tahu bila masanya perlu “log out”. Kurangkan skrol tanpa arah di media sosial, hadkan notifikasi, dan luangkan masa untuk aktiviti fizikal atau berbual dengan orang sekeliling. Ringkasnya semakin kurang masa diperuntukkan untuk skrin, semakin fokus, lebih tenang, dan lebih produktif seseorang individu tersebut.

7. Memilih Komuniti & Hubungan Yang Membina
Persekitaran juga menentukan vibe sesetengah individu. Lelaki sihat lebih memilih berada dalam komuniti yang “menaikkan” diri sendiri dan juga network sekitarnya, bukan mematahkan. Sama ada kumpulan larian, rakan gym, circle kerja yang positif atau keluarga yang menyokong, lelaki masa kini lebih selektif dengan ‘energi’ yang mereka benarkan masuk dalam hidup.

Kesihatan lelaki hari ini bukan lagi tentang otot semata-mata, tetapi keseimbangan antara tubuh, minda dan gaya hidup. Tabiat-tabiat kecil ini akhirnya membentuk lelaki yang lebih stabil, fokus dan bahagia.
Artikel Berkaitan: HARI LELAKI ANTARABANGSA: KEKUATAN SEBENAR ADALAH BERANI UNTUK BERSUARA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….











